Nuff Head

27 Januari 2011

Taib Selar Budaya Ketam Dalam Parti Pembangkang

Budaya Ketam adalah budaya yang tidak asing lagi di zaman sekarang, ia mungkin boleh disamakan dengan budaya 'kiasu'.

Bagi yang tidak memahami istilah budaya ketam, ia bermaksud mengunakan orang lain untuk mencapai hasrat peribadi!

Bayangkan sebuah bakul diisi dengan ketam.  Kalau seekor ketam nak keluar atau melepaskan diri daripada bakul, ia akan memijak kawan-kawannya tanpa mengenal erti belas kasihan, demi untuk keluar dari bakul.  Ketam ini juga mudah lupa atas segala bantuan yang pernah dihulurkan oleh rakan-rakan lain terhadapnya untuk keluar dari bakul itu.  Ketam tersebut akan cuba memijak rakan-rakannya lain demi untuk mencapai cita-cita atau matlamatnya sendiri. Sikap mementingkan diri sendiri dan suka mengambil kesempatan terhadap orang lain memang jelas nampak dalam budaya politik pihak pembangkang.  Ini membolehkan mereka digelar sebagai Parti Ketam Rakyat?!!  

Kalau kita teliti dengan betul memang hala tuju politik pembangkang sudah menyerupai  'ketam'?  Mereka memang mengamalkan budaya ketam dalam bidang politik mereka, contohnya dalam pemilihan majlis tertinggi.  Sebelum menjawat jawatan atau pangkat yang tinggi dalam parti, mereka akan melakukan apa sahaja daripada mengadu domba sehinggalah berbuat khianat!!?  Lihatlah di sekliling kita, tepuk dada tanyalah selera!!! Terasa nak makan ketam pula!

Mukapetang setuju dengan Pehin Sri di atas kenyataan beliau yang dipetik daripada BERNAMA mengenai budaya ketam yang diamalkan dalam politik pembangkang sekarang!!

Budaya Ketam atau Parti Ketam???

Pembangkang Amal 'Budaya Ketam', Kata Taib

LIMBANG, 26 Jan (Bernama) -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyelar sikap pemimpin-pemimpin pembangkang yang mengamalkan 'budaya ketam' dalam usaha mereka untuk cuba berkuasa di negara ini.

Katanya pemimpin-pemimpin pembangkang ini sudahpun menampakkan ketaksuban mereka dengan sanggup menjatuhkan pemimpin-pemimpin baru lain yang dilihat cuba mencabar kedudukan mereka dalam parti masing-masing.

Berucap merasmikan Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat di sini, beliau berkata keadaan dalam pakatan pembangkang sekarang sudah menunjukkan belang sebenar pemimpin mereka untuk kekal berkuasa sebagai agenda paling utama.

"Amalan tidak suka melihat orang lain naik sebegini tidak akan dapat membolehkan mereka menerajui kerajaan yang baik ataupun untuk membela nasib rakyat," kata beliau.

Menurutnya amalan seperti ini juga digunakan pembangkang melalui penyebaran fitnah dan hasutan dalam percubaan mereka untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Harus diingat bahawa kita tidak mahu pemimpin yang dipilih dalam pilihan raya akan datang mempunyai sikap ketam ini dan jika ada, pemimpin seperti ini kita harus buang," kata Taib yang juga pengerusi BN Sarawak.

Sebagai presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) yang merupakan tulang belakang BN di negeri ini, Taib berkata beliau tidak mahu budaya sedemikian wujud di kalangan anggota parti berkenaan.

Katanya perjuangan parti itu dalam BN selama ini adalah semata-mata untuk membela rakyat dan bukannya untuk memperjuangkan kepentingan diri sendiri.

-- BERNAMA

3 ulasan:

  1. KETAM....OH KETAM....murah-murah...

    Nampaknya pemimpin nombor satu kita cuba menjaja ketam apa tidaknya kalau di Sarawak harga ketam murah berbanding di Semenanjung.Tapi siapa agaknya yang jadi ketam dan penjual ketam...fikir-fikirkanlah..

    Kenyataan Pehin Seri mencetuskan pelbagai andaian rakyat Sarawak.Dalam kedangkalan politik hari ini ramai yang mampu menilai dan berandaian,apa tidaknya kalau di nilai dari segi sifat ketam...banyak pengertian...

    Bagi hemat saya, jadi ketam tak apa mampu menyepit tapi kalau jadi tembakul lagi teruk Kalau musim air surut ia bertapuk dalam lubang becak, mun air pasang si tembakul akan bertenggek di mana-mana kayu yang timbul.Itulah gambaran ramai ahli politik Sarawak.

    Persoalanya mengapa Pehin Seri baru sekarang menyedari anak-anak buah ahli-ahli partinya begitu kemaruk nak jadi ketam...pasti ada sebabnya.Sekian Amarneng.

    BalasPadam
  2. Sebenarnya CM cuma mengalihkan tumpuan rakyat. Rakyat sebenarnya menyelar dia kerana bersifat keterlaluan dalam mengikis harta negeri Sarawak dengan ketamnya sehingga tak ada seorang ketam pun yg boleh menariknya. Jadi budaya ketam ni sebenarnya tak ada dalam kamus CM sebab dia tahu bahawa dia bukan berada dalam bakul yang sama dgn ketam-ketam yg lain. Hakikatnya dialah raja di atas segala ketam! fikir..fikirkan..

    BalasPadam
  3. saya dah add link tp sebenarnya tak bpa nk terer..kalu salah tlg tjuk kan ek..tq

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...