Taipingmali melaporkan
Awal-awal lagi BN telah mewar-warkan akan meletak calon wanita di PRK Tenang. Pas telah menyambut bola tanggung BN dengan meletakkan calon wanita Cikgu Normala Sudirman. seorang kaki tangan kerajaan yang belot dan tidak berterima kasih kepada majikannya. Hari ini BN telah memutuskan calon Dun Tenang seorang lelaki yang lebih hebat dariapada Pas. terkedu dan terkejut beruk Cikgu Normala setelah... |
Anak bekas ADUN Tenang, Allahyarham Ibrahim Daud merupakan anak Jati Tenang untuk mempertahankan kubu Barisan Nasional di Tenang. Seorang yang aktif dalam kegiatan dan pertubuhan belia tempatan.
Darulehsantoday pula melaporkan
Mohd Azhar bin Ibrahim, orang muda, berpendidikan dengan lulusan luar negara dan tokoh disegani di sekitar Labis menjadi calon pilihan BN. Apatah lagi bukan mudah, walaupun sekarang selesa sebagai ADO, dengan jawatan dan gaji yang baik, namun sanggup letak jawatan demi untuk rakyat Tenang, perjuangan demi agama, bangsa dan negara tetap didahulukan. Inilah semangat yang orang muda patut tunjukkan.. sirih pulang ke ganggang!!!
19 Januari, 2011 18:11 PM
Penolong Pegawai Daerah Mohd Azhar Ibrahim Calon BN Di Tenang
LABIS, 19 Jan (Bernama) -- Penolong Pegawai Daerah Kecil Rengit, Mohd Azhar Ibrahim, 39, dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang pada 30 Jan ini.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman itu di hadapan pemimpin dan penyokong BN di Ibu Pejabat Umno Bahagian Labis di sini petang Rabu.
Mohd Azhar, yang dilahirkan di Labis dan anak bekas Adun Tenang, allahyarham Ibrahim Daud, bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan belia tempatan.
PAS telahpun menamakan Ketua Muslimat Labis, Normala Sudirman, 39, sebagai calonnya.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN pada 17 Dis tahun lepas. Penamaan calon pula ialah pada Sabtu ini.
Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi.
Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain.
-- BERNAMA
Baguslah dia berhenti kerja dari kerajaan, menghabiskan boreh je..semoga juga semua yang bersifat macam anjing yang mengigit tangan tuan yang memberikan makan turut letak jawatan...duduklah dalam PAS sampai mati, tengok apa PAS boleh bagi.
BalasPadamPas boleh bagi syurga bro...
BalasPadamKenyataan inipun mengikut kata tok guru pas.
Pngkah pas masuk syurga hehe