Nuff Head

22 Januari 2011

Rakyat Tidak Perlu Takut - Abang Johari

Datuk Amar Abang Johari Tun Openg meyakinkan rakyat bahawa mereka semua tidak perlu khuatir apabila mendirikan rumah di atas tanah yang tidak memiliki geran.  Beliau memaklumkan bahawa kerajaan sedar ini adalah kesan daripada penghijrahan penduduk luar bandar masuk ke kawasan bandar. 

Ini mencerminkan rakyat kini ingin meninggikan lagi tahap ekonomi keluarga masing-masing.  Ramai yang ingin mencari perkerjaan dan tidak mampu membeli rumah akan mendirikan rumah mereka di atas tanah kerajaan.  Dengan adanya pertambahan penduduk maka pembangunan akan lebih pesat bertumpu di kawasan baru itu kelak. 

Kerajaan Barisan Nasional sesungguhnya peka kepada keperluan rakyat.  Dulu ini pernah menjadi masalah setinggan tetapi kini di bawah program kerajaan yang terbaru semua ini dianggap sebagai penghijrahan yang akan membuahkan ekonomi yang tinggi kelak. 



Keluarga di Kampung Kudei Baru bakal terima geran tanah

Posted on Utusan Borneo January 20, 2011, Thursday

KUCHING: Lebih 200 keluarga di Kampung Kudei Baru di sini bakal menerima geran tanah tidak lama lagi apabila kerja penyukatan tanah selesai.

Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, kerja tersebut dijangka siap pada hujung bulan ini.

“Sudah tentu ia tidak dapat dijalankan dengan segera kerana kita melakukannya secara berperingkat tetapi apa yang penting adalah penduduk kampung tidak perlu berada dalam ketakutan kerana membina rumah di atas tanah yang tidak mempunyai geran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sukat Tanah untuk penduduk Kampung Kudei Baru Tengah di Surau Kampung Kudei Baru Tengah, Jalan Nanas, di sini, semalam.

Majoriti penduduk di kawasan itu ialah Melayu dan turut diduduki oleh Iban, Bidayuh, India dan Cina.

Abang Johari berkata, situasi sedemikian wujud apabila penduduk luar bandar mula berhijrah ke kawasan bandar untuk mencari pekerjaan.

Menurutnya, ramai yang berhadapan dengan masalah untuk mencari tempat tinggal dan mula membina rumah mereka di tanah kerajaan.

“Ini perkara lazim dan kita cuba memwujudkan penem-patan yang diiktiraf dan memberi mereka geran tanah supaya ia dapat diwariskan kepada anak-anak mereka,” katanya.,

Sementara itu, beliau berkata kerajaan akan membangunkan kawasan-kawasan perumahan baru di kawasan Semariang bagi menampung penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar.

“Kita akan membangunkan kawasan-kawasan perumahan baru berdekatan Semariang, termasuklah kawasan di antara Semariang dan di Jalan 2020 seperti Pasir Salak, Sungai Tiram dan kawasan pinggir Semariang.

“Ini adalah persediaan kita untuk memberi kemudahan kepada masyarakat kita yang berhijrah ke bandar Kuching,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...