Pakatan pembangkang di negara kini dalam keadaan terdesak sehingga sanggup bertindak di luar adab serta menyalahgunakan laman web termasuk khidmat blogger upahan. Tindak tanduk tidak beradab pakatan itu termasuk mencerca kesultanan atau mempertikai konvensyen dan perlembagaan.
Terkini dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor. Apa salahnya Datuk Mohd Khusrin Munawi sehinggakan beliau ditentang daripada menjadi SUK Negeri Selangor.
Apakah dengan perlantikan ini akan membongkarkan masalah dan penyelewangan yang berlaku dalam kerajaan Pkr Selangor? Kalau tidak mengapa Khalid beria-ia sangat menentangnya.
Terlalu banyak masa dihabiskan mengejar isu remeh yang tiada kaitan dengan kebajikan rakyat. Pembangkang sengaja memesongkan pemikiran rakyat dari menerima maklumat yang betul dan benar.
Terdahulu mengharamkan logo 1 Malaysia di negeri Selangor. Apa salahnya loho 1 Malaysia di gunakan di negeri Selangor. Logo itu bukan untuk UMNO dan BN sahaja tetapi untuk rakyat Malaysia. Apakah pembangkang takut bahawa gagasan 1Malaysia berjaya diterima oleh semua negeri termasuk Selangor.
Akibat tidak mahu menilai kebaikan gagasan 1 Malaysia maka mereka mengangap bahawa gagasan itu telah dibetulkan. Bukankan logo 1Malaysia adalah lambang transformasi kehidupan dan kerajaan Malaysia.
Lambang 1 Malaysia adalah milik rakyat. Ia tidak boleh disamakan dengan lambang Pas, Roket DAP atau PKR.
Betapa kurang bijaknya pemikiran pimpinan pembangkang ini sehingga perkara yang baik tidak boleh diterima langsung..
sumber dari merentasdaridesakedesa.blogspot.com
salam perjuangan,
BalasPadamsebenarnya PKR Sarawak yang lebih tertekan sekarang, kita tunggu perkembangan selanjutnya.