YB Datuk Seri Nazri menteri di jabatan perdana menteri berjumpa dengan Tuan Haji Nik Aziz untuk membincangkan tambatan banjir di sungai golok negeri kelantan.Tujuan murni ini telah di sambut dengan tangan yang terbuka oleh Tuan Haji Nik.
Sejumlah dana telah di peruntukan untuk projek tersebut.Bahkan YB Datuk Seri nazri amat prihatin dengan nasib rakyat negeri kelantan kerana setiap kali musim tengkujuh anak-anak tidak dapat ke sekolah kerana sekolah tengelami air.Jalan raya terputus hubungan,rumah juga di tenggalami air menyebabkan kerugian berjuta ringgit.Mereka yang terlibat di beri bantuan RM500 untuk satu keluarga.
Sapa kata BN hanya lebih membangunkan negeri yang di kuasai nya sahaja.Sebelum ni, Pulau Pinang juga telah di jadikan hab terpilih untuk rantau asia di mana peluang ekonomi akan melonjak naik.10 projek infrastruktur yang dikenal pasti termasuk pembesaran lapangan terbang itu, Pelabuhan Pulau Pinang dan Jambatan Pulau Pinang, pembinaan jambatan kedua dan pengwujudan koridor raya multimedia.
Kot-kot terlupa sila klik sini
Apa kata para pakatan rakyat?Adakah projek kerajaan hanya untuk kroni nya sahaja,walaupun pentadbiran dibawah kuasa pakatan rakyat.Ataupun mereka membutakan mata dan memekakkan telinga.
Tak tahulah pulak selepas ni para pencacai pakatan akan melabel nik aziz tak sependapat dengan Pakatan Rakyat seperti yang berlaku dengan hassan ali.Walaupun apa yang di utarakan oleh beliau adalah benar.
19 Januari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
layarilah www.freemalaysiakini.com , percuma...sila sebarkan kepada pembaca blog anda
BalasPadam