Nuff Head

06 Januari 2011

RAIS YATIM NAFI DAKWAAN TUDUHAN PERKOSA AMAH INDONESIA


Isu berkaitan dakwaan rogol oleh amah terhadap majikannya yang juga seorang menteri telah hangat diperkatakan susulan dakwaan amah tersebut kepada pertubuhan Migrant Care di Indonesia melalui adiknya. Apakah benar dakwaan sedemikian atau ianya sengaja diadakan bagi tujuan memburukkan menteri berkenaan?

Ketika ramai bloggers alam maya bercerita mengenai isu ini, dan tidak kurang juga yang menambah cerita ini maka semakin kusut cerita sebenar. Ini kerana, manusia dan pembaca hanya akan membaca cerita pada pangkal akhir sahaja dan pastinya cerita itu telah ditokok tambah dan dikemaskini dengan pelbagai cerita tambahan yang palsu.

Pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada yang dituduh walaupun belum ada lagi kenyataan balas daripada yang dituduh sama ada kejadian itu benar atau tidak. Sebagai manusia yang berpegang kepada prinsip dan logik akal, sekiranya perbuatan itu benar maka nescaya tertuduh akan mengambil tindakan drastik seperti meletak jawatan atau membuat pengakuan. Namun, sekiranya tertuduh itu tidak bersalah maka nescaya tertuduh itu akan membuat penjelasan dan keterangan berhubung dakwaan itu sama sekali tidak berasas dan palsu. Berani kerana benar dan takut kerana salah.

Tindakan AMK melalui ketuanya Shamsul Iskandar telah mendesak menteri yang dikaitkan dengan dakwaan merogol pembantu rumah itu segera menafikannya sekiranya dakwaan tersebut tidak benar. Difahamkan, AMK akan menghantar exconya untuk misi mendapatkan maklumat mengenai dakwaan itu dengan mengunjungi Migrant Care dan Kedutaan Indonesia bagi mendapatkan fakta sebenar mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, semua tuduhan yang dilemparkan ke atas menteri tersebut telah diperjelaskan dalam kenyataan media yang dibuat sebentar tadi. 

"Saya nafikan dakwaan berkenaan, sama ada mengenai pemerkosaan mana-mana individu empat tahun lalu (2007) atau dakwaan lain yang ditimbulkan oleh blogger di Internet ataupun entiti politik.”

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai ‘tuduhan liar’ terhadapnya di dalam blog mahupun pembangkang yang penuh dengan kenyataan fitnah dan penipuan jahat. 

FITNAH terhadap menteri berhubung tuduhan merogol bukanlah isu luar biasa yang diterima dan kedengaran di Malaysia. Sebelum ini, isu mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Perdana Menteri dilihat sebagai suatu FITNAH yang tersangat besar walaupun telah beberapa kali tindakan dilakukan bagi membersihkan FITNAH tersebut daripada penyebar dan pembuat fitnah. Terbaru, ahli yang juga wakil rakyat pembangkang sanggup merendahkan martabat Sultan dengan mengecam tindakan Sultan berikutan calon lantikan dan pilihan Sultan tidak diterima Kerajaan Negeri Selangor. 

Setiap tuduhan hendaklah disertakan dengan bukti yang jelas dan terang, dan bukan hanya menuduh hanya dengan semborono. Jika tiada, maka ia sekadar tuduhan dan menjahanamkan lagi sistem keadilan negara seperti yang telah dilakukan pembangkang. 

Sebelum ini, ramai bloggers pembangkang dan ahli-ahli pembangkang membuat kenyataan yang palsu dan sengaja diadakan dengan niat memburukkan pemimpin itu. Kenyataan yang dibuat beliau tadi pastinya membuka mata penyebar fitnah dan pemimpin pembangkang yang telah meletakkan kesalahan itu terus kepada menteri disebabkan menteri tidak menafikan dengan membuat kenyataan akhbar.

sumber wira kenyalang

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...