Sikap sambil lewa pengusaha pusat penyembelihan "halal" begini sangat memudaratkan para pengguna yang beragama Islam.
ak mencadangkan agar pihak JAIS mengambil tidakan tegas seperti menurunkan papan tanda yang bertanda logo halal serta-merta.
Wawarkan melalui media elektronik dan cetak secara besar-besaran untuk memaklumkan kepada penguna tentang pembatalan lesen tersebut.
Setiap apa dimakan akan menjadi darah daging ianya akan mempengaruhi hati .
KUCHING: Majlis Islam Sara-wak (MIS) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) memberi amaran kepada semua rumah sembelih ayam di negeri ini agar mematuhi syarat persijilan halal yang telah ditetapkan.
Menurut Yang Dipertua MIS Datu Putit Matzen, setiap rumah penyembelihan harus mematuhi syarat dan piawaian dalam persijilan halal bagi memastikan keraguan halal makanan itu dapat dijaga.
“Kita tidak boleh memandang ringan tentangnya kerana ia melibatkan pengguna yang beragama Islam di sini.
“Semasa pemeriksaan dibuat di salah satu tempat penyembelihan di sini, kami dapati ayam tidak disembelih dengan sempurna seperti yang dikehendaki dalam hukum syarak, jadi kami terpaksa menggantung persijilan halal mereka,” katanya yang turut mengikuti operasi halal malam kelmarin.
Operasi itu bermula sekitar jam 11 malam yang melibatkan tiga rumah penyembelihan di Bako, Batu 13 dan Bintawa di mana seramai 55 anggota terlibat yang terdiri daripada Jabatan Kesihatan, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Polis Diraja Malaysia dan MIS.
Dalam operasi itu, sebuah pusat rumah penyembelihan ayam digantung persijilan halalnya kerana tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Dua daripada rumah penyembelihan pula dikatakan mematuhi syarat yang dikenakan dalam persijilan halal.
Difahamkan sebanyak sembilan rumah penyembelihan di sekitar Kuching.
Beliau turut memberitahu, pemeriksaan itu dilakukan bagi memastikan pihak pengguna persijilan halal ini mematuhi standard yang ditetapkan.
Katanya, sebelum ini syarikat terbabit pernah diberikan amaran mengenai kesalahan yang sama pada 12 Oktober lalu.
“Kami akan pergi memeriksa lagi rumah penyembelihan ini sekali lagi untuk memastikan mereka mematuhi syarat kita atau tidak.
“Jika mereka terus tidak mematuhi standard dan syarat yang ditetapkan maka kami terpaksa menarik balik persijilan halal mereka,” tegasnya.
Jelasnya, kehalalan ayam keluaran syarkat tersebut masih diragui kerana kelalaian dalam mematuhi syarat yang telah ditetapkan dalam sembelihan.
“Sebelum kami datang mungkin ada yang telah dipasarkan. Jadi kehalalan ayam ini masih diragui.
“Operasi syarikat ini berjalan seperti biasa tetapi penggunaan sijil halal tidak dibenarkan dalam masa penggantungan ini,” kata Putit.
Manakala Ketua Operasi Asmawaty@ Siti Asmah berkata, dua syarat yang tidak dipatuhi ialah penggunaan stunner yang terlalu tinggi airnya yang menyebabkan ayam itu lemas sebelum disembelih dan tiada pemeriksa selepas stunner.
“Apa yang kita lihat mereka hanya ada seorang pemeriksa tetapi tiada pemeriksa selepas stunner yang menyebabkan ayam itu tidak diperiksa sepenuhnya.
“Dan semasa pemeriksaan, kami dapati lima ekor ayam yang sudah lengkap diproses tidak disembelih dengan sempurna, justeru kami terpaksa menggantungkan persijilan halal syarikat ini,” jelasnya.
Tambahnya, penggantungan persijilan halal itu merupakan kes ketiga dalam tahun ini di mana dua sebelumnya melibatkan premis makanan.
Turut serta dalam operasi itu Pengarah JAIS Abang Shamsuddin Abang Seruji dan Mufti Sarawak Ustaz Kipli Yassin. sumber dari utusan borneo
apalah jais ni,dahlah semua mknnan d control production oleh non muslim,like this case u all look empty je.how come muslim can secure.
BalasPadamsalam,
BalasPadamterima kasih tuan, maklumat begini patut dihebahkan kerana melibatkan soal keagamaan.
semoga pemantaun JAIS tak bermusim, seperti kebiasaannya.
Batalkan terus logo halal ya, dah banyuak gilak orang islam makan bangkai ayam oleh sidak tok. Jais mesti tegas dalam hal tok.
BalasPadamini bukan perkara main-main!!!!
BalasPadamsalam bro.. mohon dipautkan ke blog tuan http://pantausblog.blogspot.com
BalasPadamsaya akan pautkan blog tuan juga
terima kasih