Nuff Head

27 Januari 2011

Penasihat PKR Sarawak diperintah bayar RM100 ribu

Mahkamah Tinggi Kuching kelmarin telah memerintahkan Penasihat PKR Sarawak Dominique Ng membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 kepada Chong Siaw Chiang kerana kerana mengeluarkan kenyataan fitnah.

Selain Dominique Ng, sebuah akbar cina tempatan telah dinamakan sebagai defendan kedua turut diperintahkan membayar sebanyak RM50,000 kerana menyiarkan kenyataan fitnah tersebut.

Mahkamah mendapati kata-kata yang dikeluarkan oleh Ng pada 2008 semasa berkempen untuk seorang calon bebas dalam pilihan raya adalah fitnah. Kata-kata fitnah yang dimaksudkan ialah “siapa yang hipokrit?”, Ng telah mengeluarkan kata fitnah dalam bahasa Mandarin di MJC Batu Kawah pada 29 Februari 2008. Kata-kata yang sama telah diulang di Jalan Song pada 1 Mac dan sebuah kedai kopi pada 5 Mac semasa kempen pilihan raya yang sama.

Penghakiman terperinci akan dikeluarkan pada Isnin depan. Mahkamah turut meluluskan injunksi terhadap defendan pertama dan kedua, Defendan juga diarahkan untuk tidak mengeluarkan atau menerbitkan kata-kata fitnah yang sama dikhalayak ramai.

Selain terheret ke Mahkamah, isu fitnah tersebut telah menjadi punca perseteruan antara Dominique Ng dan Ahli parlimen DAP Bandar Kuching Chong Chieng Jen hingga ke hari ini. Kerana Chong Siaw Chiang adalah  bapa kepada Ahli Parlimen Bandar Kuching. Lebih lebih lagi, Dominique Ng berkali-kali mengatakan beliau mempunyai fakta kukuh yang menyokong dakwaan tersebut.

Chong lebih handsome dari Dominique Ng... HIDUP CHONG!!
Bagi penduduk Bandar raya Kuching yang menjadikan Chong Chieng Jen sebagai idola politik, tindakan fitnah oleh Dominique Ng telah memusnahkan reputasi Chong Chieng Jen sebagai bakal ketua menteri Sarawak.


Oleh kerana keputusan mahkamah tidak memihak kepada orang PKR, mungkinkah selepas ini PKR akan menuduh mahkamah telah dikuasai DAP atau Chong Chieng Jen?
 

3 ulasan:

  1. ".....Kerana Chong Siaw Chiang adalah bapa kepada Ahli Parlimen Bandar Kuching. Lebih lebih lagi, Dominique Ng berkali-kali mengatakan beliau mempunyai fakta kukuh yang menyokong dakwaan tersebut..."

    Toklah perangai orang PKR, sikit-sikit kata ada "bukti", ada "fakta kukuh" tapi sik berani beri tahu ngan mahkamah! patutlah kalah teruk dan terus tersungkur atas lante mahkamah!

    macam Anwar Ibrahim jua, kata ada bukti DS Rosmah terlibat dalam kes Altanuya, tapi sik berani keluarkan fakta kukuh yang disimpan, takut kena swing balit!

    Aku tok sik berapa pande law gilak, geni si Chong munnya mau Dominique Ng langsai RM100,000 tok ngan segera? mun kiranya Ng sik dapat bayar, bole kah si Chong tok mintak mahkamah declare si Ng tok bankrap? cuba kita luar tolong jawab? Mun bole.... habislah riwayat politi Dominique Ng kali tok? Arap-arap Wan Zainal dapat ganti Dominique Ng sebagai Punahsihat!

    BalasPadam
  2. Hidoooppp Chong!!! jangan kalah sama Dominique

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...