‘Gertak sambal’ sudah jadi rencah penting dalam politik Sarawak, Setiap kali ditanya wartawan, semuanya menjawab mereka sudah bersiap sedia untuk bertanding pilihan raya. Walaupun masih ada yang tengah berkira-kira. Entah kerusi mana, Entah berapa ramai yang akan dipertandingkan dan Entah siapa calon yang paling cocok?
|
sambal belacan tetap sedap - gambar hiasan |
Semua itu jadi perkiraan yang memanjang bagi pemimpin parti untuk mendepani percaturan dan aktiviti lobi melobi dikalangan bakal calon.
Di sesetengah tempat, memang sudah ada calon yang cocok dengan parti tapi tidak sesuai untuk rakyat. Ada pula yang sesuai dengan rakyat tapi tidak cocok untuk parti?
Apakah mereka semua benar-benar bersedia untuk pilihan raya Sarawak? Sedangkan masing-masing dengan nada yang bercanggah, Jika PKR dengan sasaran 40 kerusi, SNAP tentu lebih dari itu. Manakala PERSB bertegas akan bertanding di semua 71 kerusi DUN Sarawak. Senarai nama 36 calon telah diumumkan di Bintulu pada 22 Januari lalu, dan baki 35 lagi akan diberitahu kemudian.
|
inikah yang sedang direbut? oh tidak.. |
Apakah semua kenyataan itu benar, atau sekadar ‘gertak sambal’? Namun yang pasti, pilihan raya Sarawak tidak lagi menyaksikan 1 lawan 1 antara calon BN dan pembangkang, malah lebih dari yang dijangka..
Anwar Ibrahim yang terkenal dengan ‘gertak sambal’, memang tidak ada yang Anwar tidak yakin, memang tidak ada yang Anwar tidak tahu. Semuanya dia lebih tahu dan lebih arif dalam segala-gala. Meskipun Anwar sekadar menumpang belas ihsan jawatan ketua pembangkang dari DAP, yang memiliki majoriti di parlimen.
Ironinya DAP lebih realistik, sedangkan Anwar lebih Sarkastik. Benarkah hanya BN yang perlu mengagih jentera pilihan raya? PKR tak perlu mengagih....???
Kutipan dari BERNAMA
Anwar Yakin Pilihan Raya Serentak Beri Kelebihan Kepada Pembangkang
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan keyakinan pilihan raya umum yang diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak akan memberi kelebihan kepada pakatan pembangkang.
Ini kerana katanya, jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) terpaksa mengagihkan kekuatan mereka sekali gus memberi ruang kepada pakatan pembangkang.
"Kita parah kalau pilihan raya kecil kerana seluruh jentera itu (BN) tertumpu ke situ, tetapi kalau pilihan raya umum, dia (BN) kena jaga semua," katanya kepada pemberita, di sini.
Pandangan Anwar itu bertentangan dengan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng yang dilapor berkata pilihan raya serentak memberi kelebihan kepada BN khususnya daripada segi kempen.
Cadangan pilihan raya serentak itu dicetuskan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Talib Mahmud yang dilapor media sebagai mahu berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenainya.
Mengulas lanjut, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga berkata pakatan PKR-DAP-PAS sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan tersebut.
-- BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan