Nuff Head

31 Januari 2011

Formula Najib Cipta Sejarah di Tenang

Kalau dahulukan rakyat maka rakyat akan balas balik dengan memberi sokongan kepada BN!!.  Begitulah petikan suara Perdana Menteri Malaysia dalam rangka lawatan sehari ke Abu Dhabi.  

Formula Perdana Menteri kita, iaitu memilih wakil rakyat yang disenangi rakyat dan juga anak jati kawasan tersebut sekali lagi berjaya membuahkan hasil di Johor.  Calon BN di Tenang iaitu Tok Ai juga merupakan anak jati Tenang dan  juga anak kepada mantan YB Tenang sebelum ini memang patut digeruni oleh pihak pembangkang.  
 
Formula pembangkang yang meletakkan bukan anak jati dan juga bekas pendidik yang bermasalah baik dari segi latar belakang dan cara hidupnya turut menjadi persoalan dalam memilih calon yang layak untuk sesuatu kawasan tersebut.  Bekas guru yang terkenal dengan sikap tidak setia kepada suami dan juga asyik membawa masalah ke mana sahaja dia pergi telah mencerminkan akhlak yang tidak patut dicontohi apatah lagi untuk menjadi pemimpin masyarakat.  
Tok Ai Thumbs Up! Sumber Gambar: http://novandri.blogspot.com/
Syabas kepada Yang Berhormat Tok Ai dan jentera BN yang berjaya menumbangkan Normala KFC di Tenang dengan tulus!!

Terdapat juga khabar angin yang menyatakan bahawa rakyat Malaysia kini terancam di Mesir?!!! Rupa-rupanya itu propaganda pembangkang yang tidak sempat dijadikan modal untuk mengutuk kerajaan!!!  Untuk makluman semua, setakat ini  rakyat Malaysia yang berDAFTAR dengan kedutaan Malaysia di Mesir dalam keadaan selamat.  Kalau yang belum berdaftar silalah hubungi Kedutaan Malaysia yang terdekat agar segera mendapat bantuan semasa tunjuk perasaan di Mesir.  Mereka juga dinasihatkan agar jangan terlibat dengan masalah dalaman negara tersebut seperti saranan Perdana Menteri di bawah!!!

Najib Harap Kejayaan Di DUN Tenang Jadi Dorongan Kuat Kepada BN

Oleh Muin Abdul Majid

ABU DHABI, 31 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kejayaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor akan menjadi dorongan kuat kepada BN di negeri lain untuk membuat persediaan bagi meraih kejayaan lebih besar di masa depan.

Perdana Menteri dan Pengerusi BN itu melahirkan penghargaan kepada pengundi DUN Tenang kerana terus memberi kepercayaan dan keyakinan kepada BN untuk mewakili mereka.

"Walaupun kita hadapi tentangan agak hebat daripada jentera pembangkang, tetapi kemenangan itu jelas menunjukkan bahawa segala isu yang dilemparkan mereka tidak diterima oleh pengundi di Tenang," katanya kepada wartawan Malaysia sebelum berlepas pulang ke Malaysia di akhir lawatan kerja sehari ke Abu Dhabi.

Calon BN Mohd Azahar Ibrahim memang dengan majoriti 3,707 dengan mengalahkan calon PAS Normala Sudirman.

Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala meraih 2,992 undi.

Menurut Najib, kejayaan BN pada pilihan raya kecil yang berlangsung sejak kebelakangan ini menunjukkan ia bukanlah kejayaan sementara atau sekelip mata, memandangkan ia dapat diterjemahkan di beberapa negeri berasingan.

"Kejayaan ini menunjukkan bahawa momentum yang telah dicapai oleh BN melalui beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, menunjukkan trend dan momentum ini berterusan di Tenang pada kali ini," katanya.

Beliau menganggap trend peningkatan sokongan kepada BN "boleh dikatakan semakin menyeluruh dan semakin mantap".

Najib berkata pengundi Tenang telah membuat keputusan bijak dan matang, yang menunjukkan mereka mementingkan masa depan kawasan mereka dan negara secara keseluruhan.

"Ini jelas menunjukkan tahap keyakinan mereka terhadap BN semakin kukuh, dan ini memberi kita semangat yang lebih untuk bekerja dengan lebih gigih lagi untuk kepentingan rakyat," jelas beliau.

"Saya selalu tekankan apa sahaja yang kita buat, kita perlu dahulukan kepentingan rakyat. Dan apabila kita mendahulukan kepentingan rakyat, rakyat akan membalas balik usaha kita dengan memberi sokongan yang lebih padu kepada BN," tegas Perdana Menteri.

Najib mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua pemimpin BN yang turun padang dalam memastikan kejayaan di DUN Tenang.

"Kita juga menghargai sumbangan semua sayap kita, Wanita, Pemuda dan Puteri, serta semua sahabat BN seperti Kimma dan Makkal Sakti selain pertubuhan bukan kerajaan yang turut membantu kita," katanya.

Ditanya mengenai demonstrasi jalanan di Mesir bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak untuk meletak jawatan, Najib berkata beliau membuat keputusan untuk menghantar setiausaha politik beliau Datuk Sahlan Ismail untuk memantau keadaan dan membuat apa-apa kenyataan bila perlu.

"Kita bersedia untuk mengambil langkah seperti membawa balik pelajar kita sekiranya keadaan di sana membahayakan mereka
," katanya.

Beliau turut menasihatkan pelajar Malaysia di Mesir supaya tidak mencampuri urusan dalaman negara itu bagi mengelak daripada terdedah kepada sebarang risiko keselamatan.

-- BERNAMA

1 ulasan:

  1. syabas untuk BN, harap YB tak lupa jasa jasa rakyat yang bersusah payah mengundi.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...