Kenapa Baru Bian benci orang Iban? Padahal Baru Bian kononnya ingin memperjuangkan nasib orang Iban Sarawak? Memperjuangkan tanah NCR dan tanah adat?
Iban Are Not Good Leaders - Baru Bian
Setelah melawat blog Change We Must, barulah saya faham kenapa Baru Bian tidak suka orang Iban menjadi ketua.
Menurut temubual Change We Must dengan saudara John, Baru bian merupakan salah seorang ahli parti PBDS dan juga parti MDC suatu ketika dulu. Pada masa itu PBDS dipimpin oleh Datuk Leo Moggie dan berjaya membawa komuniti Dayak ke peringkat nasional. Apabila Leo Moggie meninggalkan PBDS, maka terjadilah krisis kepincangan dalam parti komuniti Dayak.
PRS muncul daripada PBDS dan diketuai oleh Dr James Jemut Masing. PBDS yang dalam pergolakan kepimpinan akhirnya terus dibubarkan oleh R.O.S. Baru Bian yang merupakan Orang Ulu, terus kecewa dan menanamkan hasrat agar tidak mempercayai orang Iban lagi untuk menjadi ketua.
Pernah Baru Bian menyatakan bahawa
"..Iban tidak boleh dipertanggunjawabkan lagi sebagai ketua kerana mereka tidak pandai membuat benda yang berfaedah. Mereka hanya tahu untuk menyelamatkan bulu mereka sendiri, seperti yang telah Leo Moggie buat kepada ketika dalam PBDS. Leo Moggie kini sudah senang- lenang menjadi Chairman syarikat luar negara! Apa yang kita semua dapat setelah menyokong Leo Moggie? PBDS?
Baru Bian rupanya kecewa terhadap kepimpinan orang Iban dan tidak akan mempercayai mereka lagi kerana pada pendapat beliau bahawa Iban adalah bangsa yang tidak bertanggungjawab untuk memegang pangkat dan menjadi ketua.
Ketika mengakhiri temu bual, John memberitahu Change We Must bahawa, mereka akan menentang PKR habis-habisan. Iban tidak akan meyerah kalah dengan mudah! Agi Idup Agi Nelaban!
Jangan risau..orang iban banyak kahwin kacukan. tak kira kahwin islam ke, kristian ke..buddha ke, hindu ke... ada.Yang penting mereka dayak. Takkanlah Baru Bian kaum orang ulu yang minoriti nak lebih-lebih dari org iban dayak yg majoriti kot?? Tak pandai matematik ke? Nak guna sama taktik orang melanau ke..??carilah org dayak kacukan. Dalam umno mungkin ada punya..tu baru boleh jadi Ketua Menteri.....logik...logik!!!!
BalasPadam