Nuff Head

22 Januari 2011

Terkini: Suasana Penamaan Calon PRK Tenang N5
















Hari ini adalah permulaan Pilihan Raya Kecil di Tenang. Beginilah suasana Hari Penamaan Calon di Tenang.  PAS dan BN masing-masing meletakkan calon yang paling berpotensi untuk menyaksikan pilihan rakyat semasa hari pengiraan undi kelak.  Adakah Tenang akan menghidupkan Barisan Nasional atau menggerhanakan bulan PAS di sana? 

Calon BN merupakan anak bekas DUN Tenang sendiri manakala PAS meletakkan calon bukan anak tempatan yang tinggalkan suami dan kahwin lain!!!




Pertandingan Satu Lawan Satu Antara BN Dan PAS Di Tenang

Posted Bernama, 22 January 2011.

LABIS, 22 Jan (Bernama) -- Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Jan ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat Mohd Azahar Ibrahim, 39, manakala calon PAS Ketua Muslimat parti itu di Labis Normala Sudirman, 38.

Selepas tamat tempoh bantahan di akhir proses penamaan calon di Pejabat Majlis Daerah Labis di sini hari ini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Md Asri Amir mengumumkan nama kedua-dua calon itu pada 11.20 pagi.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh oleh penyokong kedua-dua parti.

Mohd Azahar, merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.02 pagi dan Normala, menyerahkan borang pencalonan beliau pada 9.10 pagi.

Proses penamaan calon itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini, walaupun parti-parti politik yang bertanding itu membawa bersama ribuan penyokong

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 30 Jan ini sebagai tarikh pengundian.

Pilihan raya kecil DUN Tenang merupakan yang ke-14 berlangsung di seluruh negara selepas pilihan raya umum 2008, tetapi yang pertama di Johor.

Ketika ditemui pemberita kemudiaannya, Azahar berkata beliau dan jentera pilihan raya BN akan bekerja keras untuk meraih sokongan daripada seluruh penduduk kawasan DUN Tenang tidak mengira kaum bagi memenangi pilihan raya tersebut.

Ditanya mengenai pencalonan seorang wanita sebagai wakil PAS, beliau berkata: "Lelaki dan perempuan mempunyai kelebihan masing-masing."

Sementara itu, Normala pula berkata beliau percaya pengundi di DUN itu akan membuat perubahan dengan memilih beliau untuk kelangsungan masa depan mereka dan anak-anak.

"Saya sangat optimis dan berkeyakinan mandat itu akan diberikan dan saya percaya pengundi di DUN Tenang mampu membuat pilihan yang terbaik," katanya.

Sekiranya dipilih, beliau akan memastikan masalah rakyat akan diketengahkan pada persidangan DUN Johor untuk diselesaikan.

-- BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...