Posted Saturday 22 January 2011
|
Sejiwa Senada |
|
Kaunter Pendaftaran E-Peraduan |
MIRI - Ribuan pengunjung Sejiwa Senada dikejutkan dengan ketibaan Puan Sri Ragad yang turut memeriahkan lagi Padang Majlis Bandaraya Miri. Lebih daripada 80 buah agensi kerajaan dan badan berkanun turut serta dalam acara Sejiwa Senada di Miri. Anggaran pengunjung yang hadir juga mencecah 80 ribu orang pada pukul 4:00 petang tadi. Jumlah yang hadir cuma dianggarkan melalui penyertaan yang diterima sejak dibuka pada 21 Januari 2011 jam 2:30 petang. Acara selama 3 hari ini telah mencapai kemuncak apabila dirasmikan oleh Pehin Sri pada jam 2:00 petang tadi.
|
Papan Pameran |
|
SCORE |
|
Mencari maklumat |
Berbagai aktiviti telah dianjurkan untuk mendidik dan menyedarkan rakyat tentang semua agensi kerajaan yang terdapat untuk menolong rakyat sekiranya mereka menghadapi kesulitan. Para pengunjung juga berpeluang untuk memenangi cendera hati dan hadiah cabutan bertuah. Acara yang paling menarik dan bermakna adalah acara E-Peraduan, di mana pengunjung akan mencari maklumat dan mengisikan borang E-Peraduan dengan berjalan mengikut petunjuk yang telah disediakan dalam borang E-Peraduan sambil berhenti di gerai-gerai. Mereka dikehendaki untuk menjawab beberapa buah soalan sambil berkenalan dengan pegawai yang bertugas di gerai berkenaan untuk mendapatkan cop sebelum meneruskan perjalanan ke petunjuk yang seterusnya.
|
Pengunjung |
|
Bergendang |
|
Santai |
Acara konsert pula diadakan pada sebelah malamnya di mana turut menyaksikan artis-artis tempatan seperti Dayang Nurfaizah dan AF Hafiz yang turut sama untuk menghiburkan para pengunjung yang tiba. Selain daripada itu terdapat juga agensi kerajaan yang menawarkan diri untuk memberi ceramah contohnya PEMADAM, mengenai bahaya dadah kepada masyarakat.
|
Gerai PBB |
|
|
|
|
Gerai Petronas |
|
Gerai KWSP |
Kami turut menyaksikan gerai PBB yang membuka penyertaan keahlian dan juga peluang untuk mendaftar sebagai pengundi. Di sebelah gerai PBB pula adalah gerai SUPP yang turut sama bekerjasama untuk mendaftar para pengundi baru dan juga membuka keahlian parti kepada pengunjung.
|
Gerai Yayasan Sarawak |
|
Gerai SEDC |
|
Buah-buahan turut dipamerkan |
Pengunjung ke Sejiwa Senada juga dapat membeli cendera hati dan makanan ringan yang terdapat disekitar tapak pesta. Berbagai jenis kuih-muih tradisional serta kuih moden juga dijual untuk di bawa balik sebagai kenang-kenangan.
|
Gerai PEMADAM |
|
Transformasi Pembangunan Bahagian Miri |
|
Mengenali Setiausaha Kerajan Negeri Sarawak |
Sejiwa Senada sekali lagi berjaya menghubungkan kerajaan dan rakyat. Disamping berhibur rakyat juga mengenali agensi kerajaan negeri dan pusat untuk menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Rakyat secara tidak langsung dididik untuk berdikari untuk menyelesaikan segala kerumitan yang dihadapi terlebih dahulu melalui agensi dan jabatan kerajaan yang telah dilantik.
|
Gerai PNB |
|
Gerai Streamyx |
|
Gerai Astro |
0 ulasan:
Catat Ulasan