KUCHING: Majlis resepsi perkahwinan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan isterinya Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi pada 15 Januari ini akan dilangsungkan di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) baru.
Majlis yang digelar sebagai ‘Wedding of The Year’ ini dijangka dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak serta Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin.
Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Jameson Ahip Nawie berkata selain dua tetamu kehormat berkenaan, majlis pada malam itu turut dihadiri oleh ratusan golongan kenamaan serta tetamu-tetamu jemputan yang lain.
Menurutnya, untuk kelancaran majlis pada malam tersebut pihaknya meminta kerjasama daripada pengamal media ter-utamanya jurugambar supaya mengambil gambar meng- ikut atur cara yang telah diaturkan serta mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan majlis.
“Kebanyakan daripada tetamu yang hadir pada malam tersebut akan mengenakan tuksedo hitam (lelaki) dan gaun malam di kalangan tetamu wanita.
“Justeru bagi pihak mempelai (Ketua Menteri dan isteri) kami berharap agar semua pihak yang hadir pada malam tersebut akan memberikan kerjasama untuk kelancaran majlis,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi perbincangan bersama media di Tingkat 2, Jabatan Penerangan Malaysia, Jalan Diplomat di sini semalam.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Samuel Simon serta Setiausaha Akhbar Ketua Menteri (Bahagian Media) Amin Shahmat.
Bercakap mengenai majlis tersebut, Perdana Menteri dijangka akan tiba pada jam 8.00 malam disusuli dengan ketibaan Yang di-Pertua Negeri kira-kira jam 8.15 seterusnya perarakan masuk mempelai pada jam 8.30 malam.
Ini merupakan perkahwinan kedua Taib selepas isterinya Datuk Amar Puan Sri Laila meninggal dunia pada April 2009.
Hasil perkongsian hidup dengan allahyarham, mereka dikurniakan empat anak, dua lelaki dan dua perempuan.
Dalam perkembangan lain, Jameson pada taklimat tersebut turut memohon kerjasama daripada pengamal media meningkatkan pemahaman dalam bidang Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan pembangunan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) untuk disebarkan kepada masyarakat umum.
Katanya, pemahaman masyarakat terhadap dua bidang ini kurang memuaskan, justeru peranan media amat diperlukan bagi mengubah anggapan negatif rakyat terhadap kedua-dua bidang ini.
“Kami akan aturkan satu taklimat bersama media mengenai pembangunan tanah NCR bersama dengan kementerian berkaitan untuk meningkatkan kefahaman pengamal media bagi menghasilkan berita dan artikel yang tepat dan berkualiti,” katanya.
SEKALI LAGI AK UCAPKAN TAHNIAH ATAS PERKAWINAN PEHIN SERI , SEMOGA DI ANUGERAH KEHIDUPAN BAHAGIA DUNIA AKHIRAT, DAN MENDAPAT ZURIAT YANG SOLEH DAN SOLEHAH, AMIN YA RABBAL ALAMIN.SUMBER dari Utusan Borneo.
kepada yang pembangkang tu jangan mare ye!!
BalasPadam