Nuff Head

16 Januari 2011

Perkahwinan Paling Gemilang Abad Ini Taib-Ragad

Tahniah kepada pasangan pengantin Ketua Menteri Sarawak yang selamat melangsungkan Majlis Resepsi dengan penuh gilang-gemilang semalam.  Majlis ini turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia dan juga Gabenor Negeri Sarawak.  

Mukapetang berharap semoga pasangan pengantin akan berbahagia hingga ke akhir hayat!

Majlis resepsi perkahwinan Ketua Menteri berlangsung amat indah

Posted on January 16, 2011, Sunday Utusan Borneo

KUCHING: Majlis resepsi perkahwinan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan isterinya Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi berlangsung dalam suasana yang cukup indah dengan kehadiran kira-kira 500 orang tetamu.


SAAT BAHAGIA: Taib dan Ragad berpimpin tangan ketika memasuki dewan persandingan di Kompleks DUN malam tadi.

Perkahwinan yang digelar sebagai ‘Wedding of The Year’ ini menyaksikan penyatuan dua insan yang pastinya akan meng-eratkan lagi ikatan kekeluargaan antara Sarawak dan Syria.

Majlis ini tambah bermakna dengan kehadiran pemimpin nombor satu negara, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pada kira-kira jam 9.10 malam, Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin tiba ditemani Toh Puan Norkiah.

Kedua-dua mempelai kelihatan berseri-seri dengan pengantin wanita mengenakan gaun pengantin putih manakala pengantin lelaki memakai tuksedo.

Ini merupakan perkahwinan kedua Taib selepas isterinya Datuk Amar Puan Sri Laila meninggal dunia pada April 2009.

Hasil perkongsian hidup dengan allahyarham, mereka di- kurniakan empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan.

Taib dan Ragad selamat dinikahkan pada 18 Disember 2010 di kediamannya yang terletak di Demak Jaya, Jalan Bako di sini.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...