Rombongan SUPP cawangan Bintulu akan berada di 10 rumah panjang di kawasan N.59 Kidurung selama 2 hari mulai esok.
Unit bergerak SUPP cawangan Bintulu, bukan sahaja akan berkunjung dan beramah mesra dengan penduduk pelbagai kaum di Kawasan N.59 Kidurung. tetapi juga akan mengadakan program pendaftaran untuk pengundi baru di kawasan tersebut.
Seperti sebelum ini, program tersebut juga adalah untuk mendengar permasalahan serta keluhan rakyat dengan lebih dekat.
Program yang bukan pertama kali ini adalah sebahagian dari beberapa pendekatan SUPP untuk menyelesaikan masalah atau kesulitan penduduk setempat secara bersama.
SUPP adalah parti Barisan Nasional negeri Sarawak
0 ulasan:
Catat Ulasan