Nuff Head

10 Oktober 2010

Sarawak perlukan DAP, jangan sekadar berpolitik untuk golongan kaya?

Memang sudah terbukti! DAP diterima rakyat dikawasan Bandar. Mungkin juga  ada orang-orang kampung yang rindukan ‘suara segar’ dari YB Chong Chieng Jen atau DAP untuk mendampingi mereka. Tidakkah DAP terfikir hal ini?

Jika DAP mahu berjuang untuk rakyat dengan agenda yang besar, DAP seharusnya berkembang dan bertanding di kawasan pendalaman atau kampung-kampung. Bukan sekadar beretorik di kawasan kota, yang dipenuhi golongan kaya.

Berbanding PKR atau PAS, DAP sudah lama bertapak dan lebih dikenali di Sarawak. Mengapa DAP masih sekadar mencari lubang-lubang di jalan yang sudah rata? sedangkan di kampung-kampung masih banyak jalan yang belum ada.

YB Chong Chieng Jen tidak sepatutnya sekadar jadi ‘ahli falsafah’ untuk sampah-sampah yang belum dipungut di bandar Kuching. Tapi sepatutnya pergi ke kawasan pendalaman untuk melihat sendiri dan membantu orang kampung. agar mereka juga memiliki “sampah yang cukup" untuk dibuang sepertimana orang di kota.

Apakah DAP sekadar pakar dalam mencari kekurangan di Bandar-bandar, tapi tidak pernah tahu bagaimana untuk membangun sebuah kota. Belajarlah mencipta kejayaan besar, bukan sekadar membesarkan perkara yang kecil.

Perjuangan DAP akan dilihat sangat sempit bagi rakyat Sarawak, jika sekadar beretorik tentang lubang dijalan raya atau menyerang peribadi ketua menteri. Mungkinkah bagi YB Chong Chieng Jen, kesejahteraan rakyat Sarawak sudah terbela dan kemajuan akan tercapai hanya dengan cara itu?

Cabaran Ahli Parliment Bandar Kuching, YB Chong  kepada Ketua Menteri untuk bertanding di Kuching adalah retorik yang sungguh kebudak-budakkan. Kerana memang sikap kanak-kanak gemar mencabar agar dilihat seperti ‘hero’. Ironisnya, itu bukanlah lagak seorang pejuang rakyat.

YB Chong dan DAP harus berbeda dari PAS atau PKR, setidak-tidaknya dalam kontek negeri Sarawak. Buktikan DAP pejuang sebenar untuk rakyat Sarawak, bukan sekadar berpolitik untuk golongan kaya di Bandar-bandar tertentu.

Jangan hanya menjawab masalah rakyat Sarawak dengan falsafah, jika permasalahan tersebut 'bernilai' matematikal. Kerana kebiasaan seperti itu sudah ada dikalangan politikus Barisan Nasional, maka tidak perlu ditambah.

Untuk melihat masalah rakyat dengan lebih tepat, YB Chong atau DAP perlu bersikap seperti ahli matematik. Bukan berlagak seperti ahli falsafah.

Pusat Khidmat YB Chong yang dikelilingi serangkaian rumah urut di Chonglin Park, sudah terbukti sangat mesra rakyat untuk dihubungi atau dikunjungi orang biasa. Sedangkan untuk berurusan dengan segelintir ahli cabang pemuda PBB di Sarawak, bagai mengalahkan protokol seorang raja. 

Tidakkah DAP mahu bergerak lebih jauh, jika rakyat perlukannya...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...