Nuff Head

30 Oktober 2010

SARAWAK : Mawan tetap yakin pertahan semua kerusi

SPDP Yakin Dapat Pertahan Semua Lapan Kerusi DUN Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak

KUCHING, 29 Okt (Bernama) -- Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yakin dapat mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya pada 2006 pada pilihan raya negeri akan datang.

Namun, Presidennya Datuk Seri William Mawan Ikom berkata keyakinan itu tidak bermakna wakil rakyat SPDP boleh leka, sebaliknya mereka harus bekerja lebih keras dalam menunaikan tanggungjawab mereka.

"Kita yakin boleh mencapai kemenangan 100 peratus (kerusi SPDP)," katanya kepada pemberita selepas Program Pembangunan Belia di Kampung Jagoi, dekat sini pada Jumaat.

Beliau turut menasihatkan pengundi di kawasan yang diwakili SPDP agar tidak mudah terpedaya dengan isu-isu parti yang sengaja dibesar-besarkan oleh pihak tertentu bagi melemah dan memecah-belahkan parti tersebut.

Daripada 71 kerusi DUN Sarawak, 34 diagih kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), 19 kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), 10 untuk Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan lapan kepada SPDP.

Bagaimanapun pada pilihan raya negeri yang lepas, SUPP hilang lapan kerusi kepada pembangkang manakala PRS hilang satu kerusi kepada calon Bebas.

Penggal DUN Sarawak sekarang akan berakhir pertengahan tahun depan.

-- BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...