Nuff Head

26 Oktober 2010

Status 'Negeri termiskin' berubah berdasarkan lokasi kempen...

Sejak tahun 2008, sudah berbuih mulut orang Pakatan berkata Sarawak adalah negeri termiskin di Malaysia. Terjerit-jerit Anwar mengatakan rakyat Sarawak merempat dan papa kedana, tak seperti Kelantan yang maju dan ‘bermutu’.

Entah kenapa, sampai di Sabah lidah orang Pakatan mulai ‘terseliuh’. mengatakan Sabah pula yang paling miskin. Mana satu yang benar?

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) berkata;
"Sabah di bawah Umno masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu…

Oleh kerana Idris Ahmad ada 'putih' di kepala, ada 'lebam' di dahi dan ahli PAS, maka tiadalah kata yang tidak benar, melainkan benar-benar belaka.

Cuma tertanya, jika Terengganu yang nombor dua, Sekarang Sarawak nombor berapa? kerana ranking negeri termiskin akan berubah mengikut lokasi pilihanraya. 

Dan jangan terkejut, jika pilihanraya Sarawak, secara otomatik negeri Sarawak akan jadi   termiskin di Malaysia. 



iklan dari Kuching... Tanah Boleh Tukar Motor!!!


p/s: ternyata Chong Chieng Jen lebih rasional...

1 ulasan:

  1. salam tn, saya setuju dgn sdra , saya juga anti pas!anti golongan yang bertopengkan agama demi kepentingan diri , tapi saudara saya nasihati saudara batasan mengkritik sunnah adalah sangat sensitif seperti kita menghina agama orang lain atau mengkafir kan orang lain , contoh kita mempersendakan,kopiah putih,serban,jubah ,'dahi hitam', bersiwak dan sunah2 lain lagi ,sila rujuk kepada ustaz2 jangan oztaz2.
    mungkin individu yang menggunakan 'pakaian sunnah' ini memang keparat dan celaka namun sunnah tidak boleh dipersenda sbb boleh jatuh hukum 'batal iman' kita dibuatnya.nauzubillah min zalik... sesungguhnya setiap sunnah (perbuatan nabi saw,pakaian hatta cara beliau bergurau)adalah perintah Allah.wallahualam

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...