Nuff Head

15 Oktober 2010

BERKERJASAMA DENGAN KAFIR UNTUK JATUHKAN ISLAM

Sebaik-baik tauladan adalah mengikuti jejak Rasulullah saw.

Setiap amalan baginda pasti ada kejayaan dunia dan akhirat .

Semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang diberi petunjuk dan sentiasa dipelihara dari musuh-musuh Allah.

Semasa zaman Rasulullah saw, strategi ini juga digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk melemahkan keutuhan umat Islam.

Satu peristiwa yang dinukilkan sendiri oleh al-Quran berkaitan perkara ini ialah tindakan kaum Yahudi melaga-lagakan kaum `Aus dan Khazraj. Hasutan kaum Yahudi ini talah hampir-hampir mencetuskan peperangan di kalangan kedua-dua kabilah itu sehinggalah Rasulullah saw dengan pantas telah berjaya memadamkan api kemarahan tersebut. Berhubung dengan peristiwa ini Allah swt menurunkan ayat al-Quran surah Ali Imran, ayat 100 hingga 103 yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad s.a.w)?

Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya dia telah beroleh petunjuk hidayat ke jalan yang betul (lurus).

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.

Sememangnya dimaklumi bahawa kaum Ansar dari kalangan kabilah `Aus dan Khazraj adalah tunjang kekukuhan negara Madinah pada ketika itu. Merekalah yang telah memberi kesanggupan yang tidak berbelah bahagi membela Rasulullah saw dan menolong saudara mereka dari kalangan Muhajirin.

Menyedari perkara tersebut kaum Yahudi dan golongan munafik melihat bahawa tidak ada strategi lain untuk melemahkan negara yang diperintah oleh Rasulullah saw selain daripada melemahkan kaum Ansar.

Lalu merekapun mengaplikasikan strategi pecah dan perintah dengan mengapi-apikan semangat perkauman antara `Aus dan Khazraj. Kedua-dua kabilah hampir-hampir mencetuskan peperangan baru, yang kesannya akan melemahkan kekuatan negara Islam Madinah pada ketika itu.

Rasulullah saw sebagai seorang Rasul menerima wahyu dan sebagai seorang pemimpin yang bijaksana cepat-cepat mencium strategi pecah dan perintah pihak musuh ini, lalu persengketaan itu dapat diselesaikan.

Dalam politik strategi ‘Devide and Rule’ atau ‘Pecah dan Perintah’ bukanlah sesuatu yang hanya baru digunakan di zaman moden ini. Sekiranya ditelusuri sejarah, strategi ini bukan hanya bermula setelah Machiavelli membincangkannya dalam The Art of War, tetapi berkemungkinan telah diaplikasikan sejak manusia mula bersengketa secara berkumpulan. Pemerintah Rom, Ceaser, dikatakan telah menggunakan strategi ini untuk menghadapi dan menguasai kaum Yahudi.

Ketika kuasa-kuasa imperialis Eropah menjajah dunia Islam, strategi yang sama digunakan. Mereka mengkaji dan mengenal pasti isu-isu sensetif yang dengan begitu mudah dicucuh untuk membakar api perpecahan di kalangan umat Islam. Antara isu-isu yang digunakan termasuklah semangat kebangsaan (nasionalisme) dan perbezaan mazhab.

Dengan memenipulasikan isu-isu ini, umat Islam mula bersengketa dan akibat persengketaan itu, dengan mudah kuasa-kuasa ini menjajah dunia Islam. sumber rajahmas


2 ulasan:

  1. Salam bro, itu jika benar2 pejuang Islam bro, ini yang banyak pejuang untuk perut bagi hijau macam PAih.

    Sabda Rasulullah dalam Riwayat muslim, Seburuk pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu benci dan laknat mereka dan benci dan laknat kamu. para sahabat berkata; Ya Rasulullah, bolehkah kami menentang mereka? TIDAK, SELAMA MANA MEREKA MENDIRIKAN SOLAT.

    Bukan ke Pemimpin UMNO pemimpin Islam yang mendirikan solat, malah beribu2 Masjid dan Surau didirikan untuk kita bersolat maknanya pemimpin UMNO bersolat dan membela Agama dan tanahair kita,BUAT JALAN AGAR NAK KE MASJID TAK TERPIJAK DURI, TAPI APA YANG PAIH LAKUKAN PADA PEMIMPIN UMNO, FITNAH DAN MAKI.

    BalasPadam
  2. Memang benar apa yang dikatakan oleh saudara Alehkayong dan juga oleh Ddinbunga. Kepada mereka yang belum sadar lagi perlu kita ingatkan sebelum terlambat, sesuai dengan peringatan Allah SWT dalam al-Quran:S.Azzariat:55 Allah berfirman yang maksudnya:"Beri peringatanlah, karena sesungguhnya peringatan itu ada manfaatnya bagi orang-orang yang beriman".
    Ummat Islam yang sadar amat kecewa atas tindakan sebahagian peminpin Islam yang menyeret Islam dan Ummat Islam kejurang kebinasaan, disebabkan karena ingin sedikit kuasa, dimana mereka tak boleh berbuat apa-apa bila musuh Islam nanti mencapai kemenangan. Jika nak tahu apa yang akan terjdi terhadap Islam dan Ummat Islam dan kaum bumi putra dimasa yang akan datang, lihat saja apa yang telah mereka lakukan terhadap Ummat Islam di merata tempat, semua ini sepatutnya menjadi teladan bagi kita semua.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...