Nuff Head

24 Oktober 2010

Pengumuman Calon BN di Batu Sapi

GEMPAR
Datin Linda Tsen Thau Lin, isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah diumumkan sebagai calon BN bagi PRK Batu Sapi. 

Datin Linda Tsen Thau Lin calon BN di Batu Sapi

Okt 24, 10 3:10pm 



BN akan meletakkan Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November ini.

Beliau adalah timbalan ketua Wanita PBS Elopura dan isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah.

Ketua Menteri Sabah yang juga pengerusi BN negeri, Datuk Musa Aman berkata, jawatankuasa BN negeri sebulat suara memilih Linda bertanding di Batu Sapi.

Katanya, BN yakin dengan kemampuan calon BN itu untuk meneruskan khidmat kepada penduduk di kawasan berkenaan.

pilihan raya kecil itu, yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini akan diadakan Selasa ini dan pengundian pada 4 November.


Bagi calon PRK Galas pula, BN telah mengumumkan Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang sebagai calon mereka.  Abdul Aziz Yusoff, 47, dipilih oleh UMNO sebulat suara dan diumumkan oleh TPM TS Muhyiddin Yassin.

1 ulasan:

  1. salam perjuangan ,sya blogger baru , sila tunjuk ajar.mohon agar blog saya dipaut tuanpunya blog ini.

    salam perjuangan

    sarawakwira

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...