Nuff Head

27 Oktober 2010

Pejabat PKR diceroboh

KUANTAN - Pejabat Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Datuk Fauzi Abd Rahman di Bukit Sekilau di sini dipecah masuk, dua komputer mengandungi maklumat peribadi dan perniagaan beliau hilang.
Beliau berkata, kejadian itu disedarinya pukul 10.15 pagi ini apabila beliau ke pejabat dan mendapati pintu pejabat itu terbuka.

"Tindakan suspek yang hanya melarikan dua unit komputer dan tidak mengambil barangan berharga lain menjadi tanda tanya. Jika suspek berhasrat mencuri komputer, terdapat banyak kedai menjual peralatan itu di sini tetapi kenapa pejabat ini yang dipilihnya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau percaya suspek merupakan pakar pecah rumah kerana pejabat berkenaan berhampiran dengan restoran 24 jam yang sentiasa dikunjungi orang ramai.

"Suspek dipercayai masuk melalui bumbung restoran berkenaan dan mengumpil pintu jeriji pejabat dan memotong mangga. Saya menemui satu lubang pada siling pejabat dipercayai menjadi laluan masuk suspek," katanya.


Sehubungan itu, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Jasmany Mohd. Yusoff ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. – Bernama

Credit source: kosmo

p/s: agaknya angkara siapa?

2 ulasan:

  1. die nk tuduh UMNO la tu.. biasa dah puak2 nie..

    BalasPadam
  2. orang PKR ornang baik2. orang UMNO setiasa di salah faham. orang baik2 tu lah orang yang kita awasi.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...