Nuff Head

27 Oktober 2010

PAS

GUA MUSANG, 27 Okt (Bersama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pengundi Galas tidak terpedaya dengan kempen pemimpin PAS yang memainkan isu nasional sedangkan kerajaan PAS Kelantan sendiri mengabaikan kebajikan rakyat di negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata PAS terlalu ghairah mempolitikkan projek Menara Warisan yang didakwa sebagai pembaziran sedangkan penjelasan telah dibuat bahawa projek itu dibangunkan oleh pihak swasta bagi tujuan pelaburan.

"Isu yang kita telah jelaskan mereka besar-besarkan tetapi mereka langsung tidak menyentuh kebajikan rakyat mahupun pembangunan. Apakah pembangunan tidak penting di Kelantan mahupun kepada penduduk Galas?

"Jadi rakyat Galas perlu membuat penilaian bijaksana dengan memilih wakil rakyat yang mampu pikul tanggungjawab besar supaya pembangunan yang terhenti dua tahun lepas dapat diteruskan," katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bersama penduduk di Kampung Batu Papan di sini.

Dalam perjumpaan itu, Muhyiddin sempat mengunjungi tiga keluarga di kampung berkenaan di samping menyampaikan sumbangan.

Bagi warga emas Makhaltom Mat Ali, 76, beliau amat berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri yang sudi menziarah dan prihatin dengan nasib warga emas seperti beliau.

Sebelum itu, ketika bercakap kepada pemberita di Pos Brooke, Muhyiddin mempertahankan kerjasama Umno dengan MCA dalam Barisan Nasional yang menurutnya telah membawa kebaikan kepada negara.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap dakwaan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang semasa ceramah di Galas bahawa kerjasama PAS dengan DAP tidak salah kerana PAS tidak mengikut sikap DAP, sebaliknya kerjasama Umno-MCA adalah salah.

Muhyiddin berkata beliau tidak terkejut dengan dakwaan sedemikian kerana isu itu telah dimainkan oleh PAS sejak sekian lama.

-- BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...