Nuff Head

18 Oktober 2010

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak Sokong Bajet 2011

Pandi: Kebajikan Rakyat Masih Di Ambil Berat

Posted on October 17, 2010, Sunday

BINTULU: Majoriti rakyat dijangka terus menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri akan datang berikutan Bajet 2011 yang prihatin rakyat dan memberi keutamaan terhadap pembangunan luar bandar.


Keupayaan kepimpinan kerajaan persekutuan menurut Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pandi Suhaili dalam memerintah negara akan membantu kerajaan negeri melaksanakan pembangunan di Sarawak.

“Kita percaya bajet berpandangan jauh dalam merencanakan pembangunan negara yang dibentangkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan dinilai rakyat Sarawak secara positif dan diterjemahkan dalam bentuk sokongan pada pilihan raya negeri nanti,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.
 
Bagaimanapun, beliau percaya bajet tersebut bukan sekadar ingin meraih sokongan rakyat — sama ada pada pilihan raya negeri atau pilihan raya umum seperti diuar-uarkan beberapa pihak.
 
“Kita perlu melihat bajet yang lepas, semua bercirikan sikap prihatin dan keikhlasan kerajaan dalam membangunkan negara tanpa mengabaikan aspek kebajikan masyarakat berada dalam golongan bawahan,” katanya.

Pandi yang juga ketua Pemuda PBB Jepak berkata, kawasan luar bandar merupakan tumpuan khusus kerajaan sejak dahulu lagi.

Katanya, tumpuan tersebut adalah untuk memastikan wujud keseimbangan pembangunan antara bandar dan luar bandar. 

mukapetang: Sekiranya semua rakyat berfikiran positif sedemikian nescaya segala projek kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. Rakyat juga digesa untuk melibatkan diri dalam projek SCORE dengan menyediakan perkhidmatan secara langsung atau secara tidak langsung.  Ini untuk menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi ekonomi Sarawak. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...