Nuff Head

31 Oktober 2010

WAN JUNAIDI : Jangan salah perhitungan

Ahli tidak harus biar perasaan marah mendorong mereka buat perhitungan yang merosakkan perpaduan BN

KUCHING: Ahli Barisan Nasional (BN) Negeri tidak harus membiarkan perasaan marah mendorong mereka membuat perhitungan kurang bijak sehingga merosakkan perpaduan dalam BN.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sikap seperti itu juga akan menjejaskan peluang BN memenangi hati rakyat.

Bercakap pada majlis penyampaian cek peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) di sini, semalam beliau berkata setiap ahli BN mesti berjaga-jaga daripada terpengaruh dengan sikap seperti itu.

“Sebagai Ahli Parlimen saya juga ahli politik dan selaku ahli politik saya mahu mengingatkan semua ahli BN Negeri dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) khasnya kukuhkan perpaduan untuk terus dapat memenangi hati rakyat,” katanya.

Beliau menambah sebelum menukar kerajaan mahupun pemimpin, rakyat terutamanya ahli BN perlu mengetahui lebih mendalam calon yang mahu dijadikan pengganti kepada ‘orang lama’.

“Jangan menukar orang yang dikatakan jahat dengan orang jahat lain yang anda tidak tahu atau kenal (kejahatannJustify Fullya),” tegas beliau.

Bagi pihak rakyat pula Wan Junaidi mahu rakyat sentiasa menghargai sumbangan serta usaha kerajaan BN dalam meningkatkan kualiti taraf hidup mereka.

Menurutnya walaupun kerajaan perlu mengambil sedikit masa untuk menyelesaikan masalah atau memenuhi keperluan rakyat, ia tidak bermakna kerajaan tidak serius terhadap masalah rakyat.

“Sebagai contoh, banyak telah kerajaan lakukan untuk mentransformasi Kampung Bintawa dan kini proses itu sedang giat dilaksanakan,” jelasnya.

sumber: borneo post

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...