Wong Ho Leng selaku ahli Parlimen Sibu,dengan mudah memburukkan kerajaan negeri bahawa punca kayu hanyut di sungai rajang akibat kerajaan BN. Mana bukti Wong Ho Leng yang mengaitkan isu terbabit dengan para menteri?
DAP segera memutar belitkan isu kayu hanyut ini sebagai bukti kerakusan pembalakan di Sarawak walaupun laporan terperinci daripada pihak Sumber Asli dan JAS negeri masih belum dikeluarkan.
Apakah DAP telah mensabotaj tempat-tempat himpunan sisa kayu yang dikumpulkan oleh syarikat konsesi pembalakan yang beroperasi di Balleh, Kapit?
Apakah Wong Ho Leng mempunyai motif untuk merancang kejadian seperti ini bagi menutup persoalan rakyat tentang pembohongannya untuk menyelesaikan masalah banjir di Sibu dalam masa 2 tahun? Isu sisa kayu hanyut ini tentunya akan digunakan DAP sebagai alasan mengapa masalah banjir di Sibu tidak dapat diatasi mereka.
0 ulasan:
Catat Ulasan