

Antara mereka ialah Abdullah Aziz, 61, seorang pesara polis yang berkata tindakan kerajaan negeri memberi wang hasil perjudian iaitu daripada kegiatan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang kepada warga emas adalah sesuatu yang memalukan.
"Tindakan kerajaan negeri itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana ia adalah wang haram dan sebagai seorang yang beragama Islam adalah wajar saya memulangkan semula duit itu.
"Kami (warga emas) rasa tertipu dan memulangkan wang ini kerana tidak mahu bersubahat dan merasakan Ketua Menteri (Lim Guan Eng) tidak menghormati prinsip Islam dan maruah diri kami," katanya yang sangat kecewa dengan perkara berkenaan.
Beliau yang bertugas sebagai bilal di sebuah masjid di sini berkata demikian pada satu sidang akhbar yang diadakan Paduka Ayahanda Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) cawangan Pulau Pinang, Sabaruddin Ahmad di sini hari ini.
Turut hadir pada sidang akhbar berkenaan ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang yang juga Ketua Umno bahagian Balik Pulau Datuk Dr Hilmi Yahya.
Seorang lagi penerima, Lebar Ahmad, 69, berkata tindakan beliau dan rakan- rakannya memulangkan wang berkenaan adalah atas kerelaan hati dan bukan dipaksa oleh mana-mana pihak.
"Makcik tak mau dah ambik duit macam ni (wang haram) kerana ia akan jadi darah daging dan biarlah susah daripada terima duit haram," katanya.
Sumber : E-info
Campakkan kat muka LGE...jangan hangpa songlap...bukan leh percaya mamak mamak dalam UMNO...dah le UMNO Pulau Pinang fikuasai oleh mamak....melayu jadi palaci.
BalasPadamMamak itu tak bahaya asalkan memperjuangkan Umno. Yang paling bahaya org Melayu yang mengakui Melayu tapi jadi penyokong kuat Pakatan Rakyat.
BalasPadamlinkkan http://suara1umno.blogspot.com
bangsa lain dah maju .kita asyik nak bercakaran.yang rugi kita juga
BalasPadam