Nuff Head

12 Oktober 2010

SIASATAN BABITKAN NAHAS AHLI PARLIMENT BT SAPI

KOTA KINABALU: Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) akan menulis surat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi meminta siasatan menyeluruh dijalankan berhubung nahas yang meragut nyawa Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Edmund Chong Ket Wah.

BNBBC yang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di sini semalam, berkata mereka tidak puas hati dengan penjelasan yang diberikan mengenai nahas itu.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk merayu kepada polis supaya menjalankan siasatan menyeluruh nahas itu kerana apa yang saya faham daripada penduduk di sini, ia dikatakan bahawa kesilapan itu mungkin bukan disebabkan pemandu kereta tapi disebabkan Datuk Edmund sendiri.

“Tapi bagi BNBBC, kami merasakan bahawa penjelasan itu tidak meyakinkan kami dan esok BNBBC akan menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) untuk meminta siasatan menyeluruh dijalankan bagaimana nahas itu boleh berlaku.

“Sebelum ini, kami juga meninjau kawasan nahas itu dan kami rasa sudah pasti ada kesilapan di sana, jadi kami ingin memohon agar satu siasatan menyeluruh dijalankan,” kata pengerusi- nya kepada pemberita ke- tika ditemui di rumah peng-urusan mayat Fook Lu Siew di sini.

Edmund, 54, meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta Mercedes Benz di Jalan Coastal, Tanjung Aru, pukul 11.40 pagi, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang turut hadir di situ berkata Edmund boleh dianggap meninggal dunia semasa menjalankan tugas kerana pada masa itu beliau pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk mengambil tiket penerbangan bagi menghadiri sidang Dewan Rakyat, minggu ini.

BNBBC juga akan mencari jalan bagi membantu pengajian anak-anak Edmund.

Sepuluh Ahli Parlimen dan seorang senator datang dari Kuala Lumpur hari ini bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong, Ahli Parlimen Seri Gading Datuk Mohamed Aziz, Datuk Ismail Abd Muttalib (Maran), Datuk Ismail Kasim (Arau), Tan Ah Eng (Gelang Patah), Nancy Shukri (Batang Sadong), Datuk Abdul Rahman Bakri (Sabak Bernam), Datuk Marcus Mojigoh (Putatan) dan Senator Pau Chiong Ung.

Mendiang akan disemadikan di tanah perkuburan Cina di Batu 5, Jalan Tuaran, Khamis ini.

Parlimen Batu Sapi mempunyai dua DUN iaitu Sekong diwakili Datuk Samsudin Yahya daripada BN dan DUN Karamunting oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Peter Pang En Yin yang kini wakil rakyat Bebas menyokong BN selepas keluar daripada Parti Liberal Demokratik bulan lepas. — Bernama

2 ulasan:

  1. Salam bro, wajar sangatlah disiasat dengan terperinci....

    BalasPadam
  2. Salam, untuk Wakil Rakyat yang hidup, berhati2 lah, walau ianya hobi tapi perlu juga diambil kira status kita sebagai YB almaklumlah YB ni ada kawan ada lawan, ada suka ada tak suka, lebih selamat baik gunakan kereta dari Motosikal. walaupun ajal dan maut takdir Allah S.W.T tetapi kita sebagai umat harus berusaha untuk menghidarinya.

    Takziah pada keluarga mendiang.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...