Setakat ini Azmin akan ditentang oleh Khalid dan Mustafa Kamil manakala Zaid dijangka menyusuli memandangkan Nurul Izzah dikatakan lebih selesa bertanding jawatan Naib Presiden manakala Tian Chua pula sudah dilantik Khalid menganggotai satu jawatankuasa khas menilai keputusan Khalid untuk bertanding. Ia bermakna bagi jawatan Timbalan Presiden, Azmin yang dilihat sebagai calon favourite akan berhadapan dengan 'serangan' tiga penjuru iaitu daripada Zaid, Khalid dan Mustafa Kamil.
Walaupun Azmin mendapat pencalonan terbanyak tetapi itu bukanlah jaminan, apatah lagi sebahagian pencalonan diberikan ketika ramai ahli tidak hadir ke mesyuarat cabang yang semua tahu 'dihiasi' dengan pelbagai adegan yang memalukan.
Zaid seperti mana diketahui begitu lantang mengkritik kepincangan yang berlaku di dalam parti itu, malahan beliau juga secara terbuka mahukan kedudukan Wan Azizah sebagai Presiden dihormati.Selain itu secara tersirat Zaid juga berhasrat menamatkan penguasaan politik Anwar-Azmin yang dilihat memungkinkan PKR kini semakin 'buruk wajahnya'.Apa pun keadaannya, ramai pemimpin dan ahli PKR mengakui bahawa kedudukan Azmin sememangnya goyah dan semakin tidak stabil di dalam parti itu.
Namun begitu bukanlah mudah untuk mana-mana calon menewaskan beliau bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden memandangkan seperti mana kata Anuar Shaari, ''Anwar akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Azmin menang termasuklah pendekatan 'tawar dan ugut.''
Tidak kiralah apa pun andaiannya tetapi apa yang pasti, politiking di dalam PKR adalah lebih buruk jika dibandingkan dengan parti lain.
Salam,
BalasPadamSalam perjuangan. Kamek suda link kitak dlm blog kamek.
blog tuan telah dilinkkan di satulimatiga.blogspot.com
BalasPadamterima kasih.
Junah and Mozas,tqvm.
BalasPadamselamat berjuang.