Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB), adalah sebuah parti politik baru di Sarawak. Meskipun pendaftarannya belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), namun sudah pun memasang cita-cita tinggi untuk memerintah negeri Sarawak.
Menjelang Pilihanraya Negeri, sasaran utama PERSB adalah untuk menggempur seluruh jajaran PBB yang menjadi tulang belakang kerajaan Sarawak. Seterusnya menjadikan PERSB lebih dominan untuk membentuk kerajaan baru, jika menang kesemua 30 kerusi DUN seperti yang telah disasarkan.
Jika PAS, PKR dan DAP terkenal dengan maki hamun dan provokasi. Menariknya pendekatan PERSB lebih sederhana dan sangat berbeda, dengan program motivasi serta kem bina semangat untuk memenangi hati rakyat di kawasan pendalaman khususnya masyarakat petani.
Apakah PERSB tidak sekadar bermimpi? Presiden penaja Salleh Mahli dan David Mathew mungkin berpengalaman untuk mencari kelemahan pihak lawan khususnya Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), kerana Salleh Mahli dan David Mathew pernah bersama PBB untuk tempoh lebih 30 tahun.
Ahli PERSB bukan saja pernah ‘bercinta’ dan hidup bersama PBB, malah dikatakan masih ada hubungan selingkuh dengan pihak tertentu dalam PBB?
Disisi lain, PERSB seolah sedang mengemis untuk menyertai Pakatan Rakyat. Wajarkah PERSB mengemis di bumi sendiri? Dengan mengharap belas kasihan PKR dari tanah semenanjung.
Jika PERSB adalah parti anak Sarawak dan untuk rakyat Sarawak, mengapa harus memohon restu dari PKR atau DAP untuk berjuang? Atau memang PERSB sekadar anak tiri PKR di bumi Sarawak.
Ironisnya, PERSB terus membuntut-buntut PKR sepertimana SNAP dan DAP yang berjuang untuk Anwar Ibrahim. Apakah PERSB juga berjuang untuk ‘parti kronisne mak-bapak dan anak’?
Dalam beberapa kenyataan media Pakatan Rakyat di Sarawak, tidak pernah pun disebut tentang keberadaan PERSB. Apakah ini menyebabkan Salleh Mahli terpaksa mengemis dan terus mengemis kerusi DUN dari PKR?
Jelas sekali PERSB mahu berteduh dibawah ketiak PKR. Andaikata inilah lagak pembela rakyat, amatlah malang bagi rakyat Sarawak, jika mereka memenangi pilihanraya!
Lebih memalukan, jika PERSB sekadar anak tiri di bumi sendiri!
Sudikah PERSB jadi anak tiri PKR?
Sudikah PERSB jadi anak tiri PKR?
PBB juga tidak seharusnya melihat kekuatan PERSB sebagai remeh, kerana kebocoran kecil mampu menenggelamkan kapal yang besar...
Duit nak bela bakal calon pun tak ada, macam mana nak bela rakyat. hehehe
BalasPadamat least ad impian..dr make bomoh mcm pak aji kta d demak ya..hahahaha...k otak kit pok..maka u tek kmpln pmikir..
BalasPadamibarat tong kosong . . . hanya pandai berkata2 tp habuk pn xda, beralaskn KERSB memancing undi d kalangn masykt tmptn namun msykt d swak bukan nya pekak, buta, bisu utk xmengenali siapa sebenarnya SALLEH MAHLI - seorang pemandu kereta sapu d daerah oya, mengharapkn tmbg penumpang bg mendapatkn rezeki tp bercita2 tinggi utk menawan DUN Sarawak pd PRN akan datang . . .
BalasPadam