Nuff Head

25 Oktober 2010

‘Tindakan tegas terhadap pihak yang timbulkan isu agama, kaum’

25/10/2010 9:17pm

SANDAKAN 25 Okt. - Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak atau parti politik yang mencetuskan isu kaum dan agama semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Katanya, pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mereka yang menimbulkan isu-isu tersebut yang boleh mencetuskan suasana tegang dan menggugat ketenteraman awam.

"Ia merupakan antara perkara diberi perhatian oleh polis terutama dalam tempoh lapan hari berkempen,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat penugasan pasukan polis untuk pilihan raya kecil Batu Sapi di Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan di sini, hari ini.

Taklimat disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rosli Mohd. Isa. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...