Nuff Head

25 Oktober 2010

DARI SEBUYAU : PAS janjikan air bersih, perubatan percuma, ceramah percuma dan masuk syurga…

Hebat! cuma itu ayat yang boleh mengambarkan janji-janji yang dibuat oleh PAS untuk penduduk di Sebuyau (Sarawak). Tentu ada penduduk dari daerah lain yang rasa cemburu?

Ahli-ahli PAS bukan sekadar ‘berkempen janji’ untuk masyarakat melayu, tapi turut bergerak ke rumah panjang masyarakat Iban.

Sejak awal Oktober lalu, ahli-ahli PAS dari beberapa cabang menganjurkan beberapa program ‘bertamu’ dan berkempen dari rumah ke rumah di kawasan daerah Sebuyau.

Setiap aktiviti yang dianjurkan PAS di Sebuyau, dikatakan berbeda dan bersesuaian dengan agama serta kepercayaan penduduk setempat.

inilah negeri dan pemimpin 'bermutu' ?

Seorang penyokong PAS ditemui berkata, PAS sedih dengan keadaan penduduk yang mahukan bekalan air bersih sejak sekian lama. Justeru, jika Pakatan berjaya memerintah, PAS berjanji akan membawa segala pembangunan dan keperluan penduduk Sebuyau.


Pembangunan untuk Kelantan bila lagi?

Dalam beberapa kunjungan ke rumah penduduk, rombongan PAS turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan perubatan percuma untuk warga Sebuyau. Itu juga akan diteruskan jika mereka berjaya memerintah.

Difahamkan, sewaktu seisi ceramah dari rumah ke rumah, PAS menyeru penduduk setempat agar bersama mereka berjihad menentang kezaliman Barisan Nasional. Khususnya kerajaan negeri Sarawak pimpinan Taib Mahmud, serta kaum melanau yang menurut mereka telah menindas dan menakluk ekonomi negeri Sarawak.

Seperti kebiasaannya, PAS membayangkan dengan menyokong mereka, ganjarannya adalah syurga, dunia dan akhirat.

Menurut penyokong PAS lagi, mereka mahukan negeri dan kerajaan seperti Kelantan yang maju serta ‘bermutu’. Istilah negeri ‘bermutu’, mungkin agak baru bagi masyarakat Sarawak secara amnya. Namun yang pasti, contohnya adalah seperti negeri Kelantan.

Agaknya penduduk dibahagian lain ingin jadi 'bermutu' seperti Kelantan? 

p/s: Untung orang Buyo...

4 ulasan:

  1. Bro itu sebelum menang... Bila dah menang, 'Mu nok air bersih atau akidah bersih???"

    BalasPadam
  2. ataupun "mu nak air bersih atau syurga??....celako, celako celako....

    BalasPadam
  3. bodo juak ktkorg...ko mok jd macam taib ka??ngambik hak org...anak kaya raya..pake la otak...

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum warahmatullah wabarakatuh, salam 1 malaysia, nak peleknya lah berjangut ,berserban panday mulak juak nak merentak sarawak ,kelantan sik terintu Nafsu besar tenaga kurang pok

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...