Cerita ini bukan sekadar hangat dikalangan masyarakat cina, malah turut mematuhi kriteria yang dimahukan oleh masyarakat melayu di Kuching.
Jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya negeri, calon yang paling sesuai jadi ketua menteri Sarawak adalah Chong Chieng Jen dari DAP.
Sejak beberapa tahun sebelum ini, masyarakat melayu di Kuching sering berbahas sesama sendiri dengan harapan agar ketua menteri Sarawak yang baru adalah ‘orang Kuching’.
Soal usia juga memihak pada Chong Chieng Jen, kerana sekian lama rakyat Sarawak bergosip mengharap pemimpin muda. Sesuai dengan budaya baru dalam politik Sarawak, Chong Chieng Jen sudah terbukti mampu berteriak di jalan raya. Ini tidak mampu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin BN negeri yang pemalu dan sudah berusia.
Semua kombinasi atau kriteria diatas, jika ditambah dengan pengalaman. Suka atau tidak, Chong Chieng Jen memiliki kredit sebagai bakal ketua menteri Sarawak yang diidamkan masyarakat cina dan bumiputra.
Usah berbicara tentang Baru Bian, yang masih baru dalam dunia politik. Malah Dominic Ng yang mungkin turut memasang cita-cita jadi ketua menteri, malang sekali dilihat tidak bermaya dalam membawa isu yang memikat hati masyarakat. Ditambah lagi dengan isu dalaman PKR yang tidak sudah-sudah…
Percaturan dalam Pakatan Rakyat, keributan dalam PKR, kafir-mengkafir dalam parti PAS dan kelemahan segelintir pemimpin BN negeri yang gemar berfalsafah. Bagai merestui kemungkinan Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parliament Bandar Kuching sebagai ketua menteri yang baru.
Benar atau tidak, rakyat Sarawak yang membuat pilihan.
Samada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, rakyat Sarawak juga yang menentukan…
Rakyat Sarawak lebih jelas pengelihatannya untuk menentukan Kerajaan..... DAP bakal berkubur juga...
BalasPadamsarawak memang dah macam pentadbiran DAP penang.apa lagi mereka hendak? P.Pinang KM-cina.timbalan 2 org- 1 melayu,1 india. Di Sarawak, KM-melanau/melayu,Timbalan-1 Iban, 1 dari cina.sama2 mcam kerajaan Pulau Pinang bah.
BalasPadam