Nuff Head

01 Oktober 2010

Orang Cina perlu wakil yang kuat dalam DUN Sarawak: Taib

Taib Yakin BN Capai Majoriti Selesa 
 
BERNAMA
KUCHING, 30 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata Barisan Nasional mampu meraih kemenangan dengan majoriti yang selesa pada pilihan raya negeri yang akan datang berdasarkan kepada bilangan kerusi Bumiputera.

 
Namun, katanya, beliau akan kecewa jika kerajaan negeri yang bakal dibentuk tidak mempunyai bilangan wakil kaum Cina yang besar.

Beliau berkata demikian pada Ramah Tamah Aidilfitri yang dihadiri 3,000 orang kebanyakan masyarakat Cina. Ucapannya diterjemah ke bahasa Mandarin.

Jamuan itu, yang diadakan di Hotel Fourpoints by Sheraton, Kuching, diadakan sempena perasmian lebuh raya berharga RM61.5 juta dari Sutong ke Zon Perindustrian Sama Jaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Ketika ditanya pemberita sama ada pengundi Cina akan menolak Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dalam pilihan raya itu nanti, Taib berkata : "Itu saya tak tahu. Terpulang kepada masyarakat Cina untuk membuat keputusan."

Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi, 56 daripadanya kawasan majoriti Bumiputera manakala 15 lagi mempunyai ramai pengundi Cina.

Taib berkata masyarakat Cina perlu mempunyai wakil yang kuat dalam kerajaan supaya mereka tidak ketinggalan dalam kemajuan.

"Untuk menikmati kemajuan, kita perlu bersama dengan kerajaan. (Dengan bersama kerajaan) kita bukan saja berhak menyuarakan apa yang tidak kena dengan kerajaan tetapi kita akan turut terlibat dalam menyumbang kepada kemajuan rakyat," katanya.

Taib menasihatkan kaum Cina supaya berfikir sedalam-dalamnya mengenai kesan jika mereka tidak mempunyai wakil dalam kerajaan.

"Anda perlu memilih wakil untuk menyertai kerajaan. Jika tidak ada wakil Cina dalam kerajaan, saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana saya tidak akan mendapat nasihat yang dapat memberi manfaat kepada kaum Cina," katanya.
-- BERNAMA
 
mukapetang: Sarawak bukan sahaja kaya dengan pelbagai kaum, budaya dan agama.  Ia unik kerana semua rakyat dapat hidup rukun damai dalam kerajaan BN.  Mereka tidak kenal warna kulit, saiz dan taraf kedudukan.  Mereka berkawan sama-rata dalam semua bidang.  Orang Islam minum di kedai orang bukan Islam yang memiliki sijil Halal dan tidak seperti yang terdapat di tempat lain.  Betapa muhibbahnya perpaduan kaum di Sarawak.  Marilah kita semua bersatu demi perpaduan dan pembangunan negeri yang tercinta. 

2 ulasan:

  1. Taib berkata masyarakat Cina perlu mempunyai wakil yang kuat dalam kerajaan supaya mereka tidak ketinggalan dalam kemajuan.

    "Untuk menikmati kemajuan, kita perlu bersama dengan kerajaan. (Dengan bersama kerajaan) kita bukan saja berhak menyuarakan apa yang tidak kena dengan kerajaan tetapi kita akan turut terlibat dalam menyumbang kepada kemajuan rakyat," katanya.

    Taib menasihatkan kaum Cina supaya berfikir sedalam-dalamnya mengenai kesan jika mereka tidak mempunyai wakil dalam kerajaan.
    ----------------------------------------------------

    Melihat kepada ucapan Taib Mahmud ini, nampaknya beliau masih menganggap rakyat ini buta ataupun bodoh. katanya

    "Masyarakat cina perlu mempunyai suara dalam kerajaan supaya tidak tertinggal dalam kemajuan".

    Saya ingin bertanya, sejak bila pula masyarakat cina di sarawak ini tertinggal dalam kemajuan??. 70% daripada masyarakat cina ini tinggal di kawasan bandar dan kebanyakan mereka para peniaga dan golongan profesional yang merupakan tunjang belakang membangunkan sarawak . Apa yang membimbangkan Taib Mahmud ialah sokongan masyarakat cina yang semakin berkurangkan kerana kegiatan rasuh dan nepotisme yang semakin berleluasa. Peluang mendapatkan kontrak dan tender hanya diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja sedangkan majoriti masyarakat cina terlibat di dalam dunia perniagaan. Bagaimana mereka hendak memberi sokongan kepada kerajaan jika kerajaan hanya memberi kontrak dan konsesi-konsesi kepada orang tertentu sahaja seperti Hock seng Lee, Ting Pek King dan keluarga-keluarga Ketua Menteri Sendiri. Jika masyarakat dayak mudah digula-gulakan, situasi ini berlainan dengan masyarakat cina kerana mereka pintar dan melihat ke hadapan tidak seperti apa yang dikatakan Taib Mahmud. Ucapan-ucapan taib Mahmud ini tidak ubah seperti bentuk ugutan kepada MAsyarakat CIna.

    BalasPadam
  2. Saya adalah masyarakat cina. Undurlah Taib Mahmud. Undurlah.Kami tak suka sama kamu lagi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...