Baginda Rasulullah saw pernah bersabda bahawa sesiapa yang matlamatkan dunia sebagai tujuananya yang terakhir maka ia tiada pertalian dengan ALLAH dan ia akan terperangkap dalam empat perkara :
1. Kegelisahan yang tidak sekali-sekali akan berakhir( senantiasa dalam fikir dan perancangan bagaimanakah boleh ia mendapat pendapatan tambahan lagi)
2. Satu kesibukan yang tidak sekali-kali akan memberi peluang kepadanya untuk menikmati masa lapang.
3. Satu kemiskinan dan kesempitan yang tidak sekali-sekali akan memberi istighna(kepuasan) .MAKIN bertambah pendapatanya , makin bertambah juga perbelanjaannya sehingga pendapatan itu akan dirasai kurang.
4. Angan-angan yang begitu panjang sehingga ia tidak sekali-sekali akan tercapai.
Teringat pula sebuah pantun yang sering diulang-ulang oleh nenek saya....
Hanyut rumput bederai-derai
Mari terdampar di atas batu
bilangan ujud berbagai-bagai
pulang jua ke Ujud satu
01 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
panjangkan seruan kepada penyokong PR dan BN yang lupa kepada tujuan perjuangan yang sebenar - untuk agama, bangsa dan negara.
BalasPadamperbetulkan matlamat perjuangan kita..bersatu teguh bercerai roboh.
BalasPadam