Dari Anas ra menukilankan sabdaan Rasullulah saw : Sebagai satu keburukan memadailah bahawa seseorang itu ditunding jari dalam hal-hal agama atau di dalam hal-hal dunia , kecuali dia yang di pelihara oleh Allah swt (HR Tirmizi)
Maksud dari “ditunding dengan jari” ialah terkenal , maksud hadis ini ialah menjadi terkenal dalam hal-hal Keagamaan adalah lebih merbahaya berbanding menjadi terkenal dalam hal-hal Keduniaan.
Ini kerana membuang perasaan BESAR DIRI selepas menjadi terkenal bukanlah sesuatu yang mampu dilakukan oleh semua orang .
Akan tetapi jika kemasyhuran itu datang sendiri dari Allah swt dan Allah swt memberinya kemasyhuran itu dengan limpah kurnianya dan memeliharanya dari syaitan , maka kemasyhuran itu tidak merbahaya bagi para mukhlisin seperti ini (Mazahir Haq)
riya ni adalah syirik kecil... bahaya kalau diamalkan terutama bila bersolat buat tunjuk dekat stadium ramai-ramai.. amalan orang lain diperlekehkan, pemimpin diburuk-burukkan.. tahu siapa mereka?
BalasPadamsalam ramadhan..trime kasih menambahkannya dengan hadis..mmg bahaya sifat riak nie terutama hal2 keagamaan...
BalasPadambenar kata apai dan sahronasrudin ,sebenarnya sifat riak ini timbul tanpa sedar kita , ianya dipengaruhi oleh nafsu jahat dan syaitan , jadi perlulah kita banyak berdoa pada Allah mohon perlindungan salah satu cari menghindar ria'k ni kita berpuasa...walhualam
BalasPadamSalam ..Dugaan menjadi kaya lebih payah dari dugaan menjadi miskin.Kecuali dengan iman yang kuat dan berpegang pada tali Allah..orang kaya biasanya punyai sifat riak yang tinggi...
BalasPadamSalam..Dalam dunia yang mencabar ini sifat riak menjadi kebanggaan.Ini adalah ujian dari Nya.Hanya takwa dan iman dapat membendung keburukan hati itu.
BalasPadamsalam ug ,
BalasPadamsetiap kehidupan pasti ada ujian ataupun dugaan ,lulus ujian ni kejayaan yang kekal abadanlah hadiahnya.untuk lulus tak kira sapa atau dimana kedudukan kita ,kehidupan mesti dalam landasan al-quran dan sunnah.sifat riyak ni bertentangan dengan landasan...
salam buat saudara,
BalasPadamrasanya sifat 'riya' bukanlah suatu yang asing dengan kehidupan kita.
cuma masih ada antara kita yang "tahu tapi tidak faham, dan faham tapi belum mengerti"
terima kasih kerana sering berpesan-pesan dan saling mengingatkan sesama kita.