Nuff Head

26 Ogos 2010

KM bayangkan untuk memberi peluang wanita isi jawatan tertinggi negeri

Utusan Borneo

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membayang akan terus melantik lebih ramai golongan wanita bagi mengisi jawatan tertinggi atau menteri di Sarawak.  



TEKNOLOGI: Taib berkomunikasi dengan Najib pada telesidang, semalam. Turut kelihatan dari kanan Jabu, Fatimah, Hashidah dan Rosey.
TEKNOLOGI: Taib berkomunikasi dengan Najib pada telesidang, semalam. Turut kelihatan dari kanan Jabu, Fatimah, Hashidah dan Rosey.
Menurutnya, wanita di Sarawak telah banyak menyumbang terhadap perjuangan politik dan pembangunan negeri ini.  Beliau mengambil contoh mengenai pelantikan Datin Fatimah Abdullah sebagai menteri penuh, yang dibuat atas sumbangan yang diberikan. 


“Sekarang ini kita dapat menunjukkan penghargaan kita menerusi pelantikan Datin Fatimah untuk menjadi menteri penuh (di Pejabat saya),” katanya.  Beliau berkata demikian pada sesi ‘telepersidangan’ secara langsung bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum berbuka puasa sempena Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 1Malaysia 2010 di kediaman rasminya di Demak Jaya, di sini, semalam.  Hadir sama ialah Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu dan isteri Dato Sri Empiang Jabu, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta ADUN Bekenu, Rosey Yunus.  

Taib berkata, dalam masa lima tahun sahaja, Fatimah banyak menyumbang terhadap pendidikan awal kanak-kanak.  Selain itu, katanya Fatimah juga berjaya menggalakkan ramai wanita khasnya di luar bandar untuk membangunkan industri desa. Hasil daripada itu, katanya ramai wanita mula berkecimpung dalam industri tersebut dan menghasilkan banyak produk-produk tempatan berjenama Sarawak seperti kek lapis.

“Inilah yang mendorong saya tidak menahan hati (menunggu) pilihan raya baru untuk melantik wanita sebagai menteri,” katanya. 

mukapetang:  Syabas kepada KM yang berjaya menaikkan taraf wanita dalam pentadbiran negeri.  Beruntunglah rakyat Sarawak kerana memiliki pemimpin yang berjiwa rakyat khususnya dalam membela nasib kaum wanita serta membangunkan industri desa.  Tersenyum MP apabila terbaca artikel ini di mana KM menghadiri teleconference bersama PM kita sempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan 1Malaysia 2010. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...