Nuff Head

20 Ogos 2010

Karpal dan Nik Aziz tak sependapat

Hudud bukan jawapan kepada masalah sosial - Karpal

20/08/2010 8:58pm

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Pengerusi DAP Karpal Singh berkata hari ini beliau tidak bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.
Karpal berkata, partinya tidak dapat menerima sebarang bentuk pelaksanaan hudud di negara ini.
"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Karpal mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu semalam bahawa adalah wajar untuk berbalik kepada hudud oleh kerana beliau dakwa undang-undang sivil sekarang gagal mengawal jenayah dan penyakit sosial. - Bernama

Dah terang lagi bersuluh,Karpal dengan angkuh tidak mahu hukum hudud di laksanakan.Dah nyata apa yang di bawa oleh PAS tidak sehaluan dengan DapIG.Sedarlah wahai pengikut pas,masih belum terlambat lagi untuk membetulkan keadaan.Jangan dah tanah tergadai baru nak menunding jari antara satu sama lain.
Takkan melayu hilang di dunia tapi adakah kita masih merdeka di bumi sendiri? 

2 ulasan:

  1. apabila hukum islam yang hendak ditegakkan ikut separuh, ditinggalkan separuh maka akan banyak implikasinya kepada agama itu sendiri. Sebab itulah hudud tidak dapat dilaksanakan jika ada toleransi melampau oleh puak PAS terhadap DAP.

    BalasPadam
  2. kenyataan ini satu tamparan untuk nik ajis dan PAS. padan muka...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...