Nuff Head

28 Julai 2010

Musuh BESAR BN , Pakatan dan,,,,,

Kenali 2 musuh besar BN , Pakatan dan kita semua

Ketahuilah...ketika kita nak meninggalkan rumah ke pejabat atau kemana-mana sahaja dalam lingkungan kita.

Sebaliknya kita tidak meninggalkan , hawa nafsu dan syetan ,'Mereka' merupakan musuh utama kita.

Kedua-dua musuh berat ini , Siang dan Malam dalam Setiap situasi dan keadaan apapun selalu mengiringi kita , ditambah lagi kebiasaan-kebiasaan tabiat buruk yang juga tidak mau berpisah dengan kita.

Semua yang disebut di atas pasti akan mendorong diri kita untuk melakukan amalan-amalan yang akan melemparkan kita ke lembah kegelapan serta menjauhkan diri dari keridhaan Allah dan rahmatnya.

Ketahuilah.... mereka ini lah musuh besar setiap anak cucu Nabi Adam sehingga umat Nabi Muhamad Saw. Sehingga ke hari kiamat.

Visi dan misi 'mereka' adalah untuk merosakkan akidah kita semua supaya bersama 'mereka' di neraka kelak.Tidak seorang pun umat Muhamad masuk syurga Allah ,inilah kejayaan 'mereka' ,nauzubilah min zalik...

Ingatlah ! dimana ada kemungkaran inilah dorongan 'mereka'.

Mahu tak mahu 'mereka' telah memerangi kita , disedari atau tanpa disedari .'Mereka' nilah penyebab perbalahan diantara kita semua.

Mari kita kenali 'mereka' ni dan

Istihar PERANG ke atas 'mereka' yang laknat ini.......ambil peluang Ramadhan yang mulia ini untuk latihan menekan nafsu dan melumpuhkan syetan..

Semoga Allah Swt menerima amalan-amalan kebaikan kita ,hidup dan mematikan kita dalam keimanan dan ketakwaan...Wallahualam .

mohon maaf jika ada penulisan saya menyakiti hati pembaca sekalian...Selamat menyambut Syaban dan Ramadhan.

4 ulasan:

  1. dalam zaman yang serba lengkap sekarang pasti ada golongan manusia yang lupakan akhirat.

    BalasPadam
  2. benar din ,

    tidak salah kita mengunakan segala anugerah allah didunia tapi janganlah ianya melalaikan kita.

    BalasPadam
  3. Syaitan musuh yang paling bahaya kerana ia boleh berupa sesiapa sahaja tanpa kita ketahui.. ia menguasai hati, wajib kita perangi mereka dengan amal makruf nahi mungkar...

    BalasPadam
  4. Seorang yang benar-benar mengamal amal makruf nahi mungkar semata-mata lillah hi taala adalah seorang yang berilmu ,lebih ditakuti syetan daripada 100 orang ahli ibadat..wallahualam

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...