Nuff Head

18 Ogos 2010

Unit Media Baru (UMB) Pemuda PBB Anjur Pertandingan Facebook

Kuching: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan menganjurkan pertandingan dalam rangkaian media sosial Facebook (Facebook) bulan depan untuk mendorong Pemuda PBB cawangan agar menggunakan segala rangkaian media sosial yang ada untuk menjalankan kegiatan mereka.


Ketua Penerangan Pemuda PBB Saudara Adenan Abdul Aziz berkata keputusan untuk mengadakan acara yang julung-julung kali diadakan seperti ini adalah tepat pada masanya terutama sekali dengan bertambahnya minat ahli pemuda PBB dalam Facebook serta berharap dapat menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk mengaktifkan lagi aktiviti serta memperatkan hubungan di antara cawangan parti pada amnya.


Ketua Penerangan Pemuda PBB Negeri Sarawak - Sdr Abdul Aziz Adenan

"Pemuda Parti begitu teruja melihat bertambahan pengguna PBB dari peringkat Pemuda ke Kaum Bapa dalam Facebook. Hal ini merupakan perkembangan yang sihat kerana menunjukkan bahawa ahli PBB telah bersama menyertai rangkaian media sosial pada tahap ranting mahupun cawangan."

"Kami di Unit Media Baru ingin mendorong dan meningkatkan lagi penggunaan rangkaian media sosial ini dengan menganjurkan pertandingan dalam Facebook. Antara hadiah yang diperuntukkan kepada para pemenang kelak adalah seperti komputer riba , perakam media digital dan kamera digital, "katanya lagi, "UMB berasa bangga untuk menganjurkan pertandingan Facebook ini kepada ahli PBB."
Maklumat lebih lanjut mengenai pertandingan ini dapat diperolehi dengan mendaftar sebagai rakan Facebook UMB PBB. Hari terakhir untuk mendaftar dalam pertandingan tersebut ialah pada 1hb September 2010.

7 ulasan:

  1. semoga perjuangan anda memartabatkan agama bangsa dan negara dibimbing Allah dan mendapat rahmat dan inayah-Nya

    BalasPadam
  2. salam....
    semoga dengan adanya anjuran yang sebegini dapat membantu serba sedikit dalam semua golongan tidak kira tua atau muda untuk mengenali kebaikan menggunakan rangkaian sebegini(facebook).
    Nak join ni. Hik...

    BalasPadam
  3. malas nya nak fb... rasa macam umno pulak

    BalasPadam
  4. Sedar tak sedar cemomoi telah memperjuangkan agama bangsa dan negara dengan post-post cemomoi.saya tertarik dgn penulisan cemomoi.semoga kita sentiasa dalam peliharaan ALLAH.

    Pengumpul blog , terus terang saya kata kan saya pun agak baru dalam dunia Siber ini.namun saya bersetuju dengan pandangan saudara.saya dapat advrd ini dari rakan baik dari : Facebook UMB PBB ,hubungi add tersebut untuk maklumat lanjut.

    b.r.u.t.a.l.s.o.l.o,
    buang yang keruh ambil yang jerneh .
    honestly ,i do respect your view.:)
    terima kasih atas kunjungan n pls come again n again..

    BalasPadam
  5. salam ramadhan alehkayong..sedap nama sdra ini..trime kasih sudi folo blog sy..sy folo awak kembali..semoga ukhwah kita di alam siber ini berkekalan :-)

    BalasPadam
  6. Ameen,terima kasih...salam ramadhan dan selamat datang.sy amat tertarik dengan 'fikir' serta e3 e3 dipost sdr.teruskan .semoga kita sentiasa diberkati Allah.

    BalasPadam
  7. maaf ulasan terakhir di atas utk sdrku shahromnasarudin.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...