PULAU PINANG 24 Ogos 2010 –
theMJDotcom
Khatib Zakaria Ahmad yang dikaitkan dengan isu penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid di negeri ini mengakui cara dan tempat beliau berdoa itu silap. Namun, beliau tetap mempertahankan tindakannya untuk berdoa bagi orang bukan Islam supaya diberi hidayah untuk memeluk Islam sebagai tidak salah dari segi agama, cuma pendekatannya sahaja yang tidak betul.
Ustaz Zakaria sedar akan doanya ditempat yang salah |
“Insya-Allah, saya mungkin tidak berdoa seperti ini lagi dalam khutbah Jumaat, saya akan berdoa di tempat lain dan perkara ini tidak akan berulang lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas memberikan penjelasan berhubung isu tersebut kepada barisan panel pihak berkuasa agama negeri selama kira-kira sejam setengah bermula pukul 3.20 petang di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Lebuh Pantai di sini.
Zakaria turut berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kerana telah memberikan panduan berhubung perkara itu kepadanya dan akan memastikan ia tidak berulang. Beliau berpendapat, isu tersebut adalah kecil tetapi disebabkan perkara itu telah dipolitikkan oleh pihak tertentu, maka ia menjadi isu yang besar.
“Jadi saya akan saman mana-mana pihak termasuk media yang telah menjatuhkan maruah saya, seolah-olah saya ini jahil dalam Islam dan sebagainya.
“Perkara ini telah pun dirunding dengan peguam saya,” ujarnya. Ditanya adakah beliau akan meminta maaf ke atas apa yang telah berlaku, beliau berkata, ia tidak seharusnya dipersoalkan.
“Tidak timbul soal meminta maaf sebab saya tidak bersalah kepada MAIPP kerana saya mempunyai tauliah,” ujarnya.
Pada masa sama, Zakaria memberitahu, pihak polis telah mengambil kenyataannya berhubung isu itu di rumahnya di Taiping, Perak sebelum sesi penjelasan di JHEAIPP hari ini. Terdahulu, Yang Dipertua MAIPP, Ellias Zakaria ketika ditemui berkata, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Zakaria dan perkara tersebut akan dibincangkan pada mesyuarat MAIPP tidak lama lagi. Tambahnya, pihaknya juga tidak terfikir tentang tindakan yang akan diambil dan buat masa ini MAIPP sedang mencari jalan bagaimana hendak menjernihkan perkara tersebut. Ditanya adakah Zakaria meminta maaf pada sesi itu, beliau tidak menafikan.
“Saya boleh katakan sedemikian, suasana tadi adalah bermaaf-maafan dan berjalan dengan lancar dan baik,” katanya.
Akhirnya ustaz totok PAS mengaku juga tindakan beliau adalah salah membaca doa untuk orang bukan mukmin . Lihat lah sendiri kerana seorang ustaz totok PAS ini saja membuat onar di dalam masjid , satu negara bising kerana tidak puas hati PAS menggunakan masjid sebagai pentas politik.
PAS harus ingat apabila masjid cuba dijadikan pentas politik , tidak semua umat Islam yang hadir ke masjid itu untuk beribadat suka apa yang PAS lakukan itu semua . Mungkin bagi juak2 kopiah putih PAS setuju dan seronok ustaz mereka hantam kerajaan dan memuji Guan Eng tetapi sebenarnya ramai yang meluat tindakan ustaz PAS itu .
Itu yang menyebabkan ramai pihak menyatakan perbuatan ini boleh memecahbelahkan umat Islam . Diharapkan selepas ini PAS tidak lagi sewenang-wenangnya menggunakan masjid sebagai pentas politik .
mukapetang: Entahlah apa nak jadi dengan mereka, diharap mendapat kesedaran dan tidak lupa diri apabila berdoa. Isu hangat ini patut dipelajari oleh pihak PAS agar tidak berulang lagi.
semoga sifat cinta dunia kita diatasi oleh cinta akhirat.jangan kita menghalalkan yang haram demi untuk kepentingan diri.
BalasPadam