Nuff Head

07 Ogos 2010

RENUNGAN UNTUK GENARASI BARU

Ucapan Tun V.T Sambanthan di Parlimen
pada 1 Jun 1965


“Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.
Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan negara-negara lain.
Di Burma, seperti yang kita semua maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma.

Tetapi apa yang berlaku di Malaya?
Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ”Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan memberikan mereka peluang untuk menjadi warganegara."
"Dimanakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu."
"Dimanakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang?”

"renungan untuk semua kaum di Malaysia tercinta"

14 ulasan:

  1. Di atas merupakan pandangan seorang rakyat Malaysia yang bukan beragama islam..

    Adakah fikiran begini boleh MEMBINA atau MENGHANCURKAN Negara yang berbilang kaum?

    BalasPadam
  2. 1 malaysia yang di cetuskan oleh PM kena pada masa nya...walaupun demikian hak bumiputera tidak di abaikan.

    Terima kasih dari rakyat malaysia

    BalasPadam
  3. inilah yang kerajaan dari zaman tunku sampai sekarang buat.tapi kalau nak tukar kerajaan tak tahulah apa yang akan jadi dengan kaum india...

    BalasPadam
  4. bersyukur kerana mendapat layanan yang cukup baik sehingga diberikan hak untuk mentadbir kerajaan neegeri. Mereka yang tidak bersyukur ialah mereka yang terlalu mewah sampai lupa asal usul keturunan mereka..

    BalasPadam
  5. In the USA, every citizen has to pledge allegiance to the US Constitution. Malaysia MUST impose this ruling now. Any Malaysian found to reject or disagree can be given an option to relinquish their citizenship and the Malaysian Government should provide all necessary legal and human aid and assistance for their deportation.

    I think this has to be suggested to the UMNO-led BN Government of Malaysia.

    BalasPadam
  6. Melayu dah dikhianati sekali lagi. Dulu tolong PAP sekarang nak tolong DAP/PKR/PAS? Pemimpin mesti tegas depa ni takleh nak bagi muka..lemmpang kang

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas komen-komen saudara/saudari .

    Saya benar benar terharu di ataS kebimbangan-kebimbangan semua mengenai arah tuju negara kita.

    Saya berpendapat masaalah negara ini adalah masaalah setiap rakyat , samada kita sedar atau tak ...atau kita berperasan kita ditidas atau tak.

    Saya juga bependapat penyelesai adalah balik kepada pesanan Nabi saw yang terakhir iaitu

    Al-quran dan Sunnah .

    ...dengan cara ketakwaan kepada Allah ini akan menimbulkan rasa kasih sayang ,hormat menghormati dan ihsan yang tinggi kepada setiap orang diseliling kita tak mengira bangsa dan agama..Semoga Allah beri kita semua khususnya kepada si penulis ni untuk amal apa yang ditulis ...amin .

    Wallah hu alam.

    BalasPadam
  8. Ada mesej sebaliknya, dengan harapan menjamin keamanan dan menjadi contoh untuk dunia malaysia mencapai keamanan tersebut. Sekurang kurangnya hak asas kemanusian yang setaraf negara eropah telah menjadikan undang-2, manakala malaysia melangkah ke belakang(zaman batu). Malaysia (malaya) di duduki oleh hindu/budha sebelum 800msh. Cuma orang asli yang asal sehingga kini. DR M, India dari kerala, mempesongkan rakyat dengan ayat bumiputra dan sebagainya. Manakala sesiapa yang hidup 800 msh masih tidak dapat diberikan status bumiputra. Bagaimana untuk menjadi bumiputra. sbg contoh Dr. M./keluarga kitingan sbgnya. Konflikan. Indonesia sepatutnya lebihmewah sekiranya pemimipin negara itu tidak memesongkan rakyat indonesia dulu, maka orang malaysia yang perlu hijrah untuk mencari makan. Suasana akan menjadi buruk sekiranya itulah matlamat rakyat yang ngin capai misi Dr. M. dan rakyat akan duduk mencangkung dijalanan manakala generasi Dr M, menempa nama dan mewah selamanya. Layari genographic projek di www.nationalgeographic.com kalau nak nilai sebagai manusia dan menjadi manusia yang tulen. Sepertimana diatas burma dan sebagainya lebih teruk dan akan menjdai teruk selagi pecahan manusia dipraktiskan. Sekiranya kita membuat kesilapan, ia akan melibatkan pencemaran agama, bangsa, bahasa dan sbgnya secara tidak umum oleh yang menilai kelakuan sebigiturupa walaupun pandangan itu tidak betul dari sudut yang lain.

    BalasPadam
  9. terima kasih tanpa nama 2010 Ogos 8 11:26,

    Semoga Allah bagi kefahaman dunia akhirat khususnya kepada pempinan kita dan kita semua amnya .

    Bagi Pemimpin yang adil maupun yang tidak adil pastinya akan dihadapkan di Mahkamah ALLAH kelak.Masa tu pasti akan tiba.Ada riwayatkan menceritakan bahawa semua pemimpin akan dihadapkan depan ALLAh dgn keadaan bergari-gari.satu persatu gari itu akan terbuka mengikut keadilan yang dibuatnya.

    Baik kita seorang Raja atau pun Hamba kita akan kena hisab..(penentuan kejayaan yang kekal abadan-abadan bagi seseorang).

    Amalan yang pertama dihisab adalah SOLAT,baik solat nya baik lah amalan nya BEGITU JUGA sebaliknya.

    Saya yakin jika setiap rakyat malaysia termasuk saya yang jahil ini jaga solat dan perbaiki solat maka allah akan pelihara kita.kadang-kadang apa-apa yang kita suka mungkin tak baik untuk kita begitu juga sebaliknya.

    saudara/saudari tanpa nama,diharap ziarahilah saya lagi , banyak lagi perlu saya belajr or update maklumat dari saudara/saudari.mohon maaf jika penulisan saya agak keras.saya budak baru belajar :).terima kasih...

    BalasPadam
  10. Sdr Aleh Kayong,

    Saya kemari dari blog Ridhuan Tee - telah memuji pendirian Sdr disana.

    Adalah menggembirakan bila mendengar mereka yang lain agama merasa perlunya bersatu sebagai Serumpun Bangsa, mau pun sebagai suatu Bangsa Malaysia, asalkan patuh kapada negara dengan cara menghormati Perlembagaan negara kita.

    Masalahnya ialah segelintir dari kaum pendatang tidak menghormatkan Perlembagaan dan tidak berterima kasih diatas pemimpin Melayu menyetujui mereka diberi hak kerakyatan dimasa Merdeka dahulu.

    Bumiputera Sabah dan Sarawak dari berbagai suku bangsa adalah Serumupun dengan Bangsa Melayu. Ini boleh dibaca dibuku, "Tamadun Alam Melayu", ditulis oleh Mohd Arof Ishak, diterbitkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia. Persatuan itu telah ditubuhkan sejak zaman penjajah British lagi, terdiri dari mereka yang tekenal, termasuk Professor seperti Profesor Mohd Taib Osman (pengajian Melayu, bersara UM), Professor Zainal Abidin Wahid (sejarah, bersara UKM), Professor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim (sejarah, bersara UM).

    Tetapi mereka yang membuat penyelidekan dan kajian merumuskan Rumpun Melayu itu begitu besar sehingga 350 juta ramainya, sampai ke Madagascar, Australia, New Zealand, Hawaii dll itu ialah berbagai pakar bahasa (linguists), kaji maanusia (anthropologists) kaji purba (archaeologists) dll.

    Penyelidekan dan kajian tersebut telah bermula
    sejak pelayaran Captain Cook dipertengahan abad 19, bersambung diabad 20 dan meningkat dengan banyaknya diseparuh kedua abad 20 itu.

    Mereka menyatakan bahawa Rumpun Melayu ini bermula diGugusan Pulau Pulau Melayu (The Malay Archipelago) sejak lebih 5,000 tahun lalu, berkembang dengan kebolehannya membina kapal (bermula dengan perahu berpelampong/ outriggers) dan berlayar (navigation).

    Mereka keluar masuk kepulauan diGugusan Pulau Pulau Melayu dalam masa beribu tahun itu. Istilah Proto Malays(Orang Asli diSemenanjong), Deutero Malays (yang dikenali sebagai Melayu sekarang diMalaysia, Indonesia dan Philippines, mungkin termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak), Malayo-Polynesians dan Austronesians adalah merujuk kapada Rumpun Bangsa yang sama.

    Ini bermakna orang Melayu termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak, orang Indonesia, Philippines (mereka memanggil pahlawan kemerdekaan mereka, Jose Rizal, sebagai "The Malay Hero" dan menulis buku bertajuk demikian. Definasi Melayu diPerlembagaan berbeza dengan definasi pakar-pakar tersebut kerana perbezaan agama yang banyak dipengaruhi Penjajah-Penjajah diNusantara dan lain-lainnya.

    Bagi sesiapa yang minat mengatahui lebih berkenaan Rumpun Melayu ini, sila keblog Kempen SSS - http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/
    Beberapa komen kapada post-postnya 2-3 bulan yang lalu memberi ringkasan-ringkasan dari buku tersebut.

    Jika mahu, sila hubungi saya diemail add yang mungkin ada mendampingi komen saya ini. Atau tinggalkan pesan sama ada diblog Kempen SSS atau blog Ridhuan Tee yang kedua duanya selalu saya layari.

    BalasPadam
  11. Mengenai dari blog Ridhuan Tee, sejarah dan sejarahwan asasnya kena ditinjau dengan lebih mendalam dan hingga ke akar umbi, baru itu dipanggil sejarah, bukan sekadar separuh jalan. Minta maaf sekiranya pendapat atau ayat ayat saya tidaklah merupakan mesra, akan tetapi, alngkah manis sekiranya kita mendapat tahu sejarah yang tulen dan yang benar. Saya sebagai manusia ingin memnempa sejarah(bagi diri saya) dimana membuat manusia lebih sempurna dan membuat satu dunia aman tanpa di gangu oleh fanatisme yang meningkat dari hari ke hari sebelum akhir hidup saya. Saya dapat berbuat demikian atau tidak, itu terpulang kepada kesunguhan dan sekiranya peluang adalah cerah pada masa masa yang akan datang. Barulah berbaloi saya rasa sebagai manusia, saya telah membuat kehidupan manusia yang lain lebih bermakna dalam kehidupan ini.

    BalasPadam
  12. subahannallah ,
    banyak lagi yang perlu saya pelajari dari tanpa nama2......ini lah agaknya dunia siber..saya menghormati pendapat saudara/saudari..Salam berkenalan.

    BalasPadam
  13. Walaupun kehidupan didunia ini sangatlah sementara,tidak bermakna kita mesti meninggalkan pembangunan perkembangan dunia.Yang kita hendak ,setiap perbuatan kita di dunia ini tidak lari dari aturan yang telah di tetapkan oleh AL-quran dan sunnah,
    Sejarah para sahabat wajar dikaji dan diteladani.WHY? ada 10 org sahabat ketika hidup mereka lagi mereka telah dijanjikan syurga maka ini lah kejayaan yang abadi.mungkin kehidupan dunia mereka tak segelamor kehidupan masakini,hakikatnya mereka inilah orang berjaya dunia dan akhirat....Kejayaan golongan yahudi dan Nasrani pula akan menekankan pride ,keAKUan,kepuasan ,kepandaian sehingga kita keliru apa itu ilmu ,apa itu pengetahuan..

    Well this is my view on apa itu ILMU ,setiap berkaitan dengan akhirat itu ILMU.jadi seorang yang berilmu ini 'kebanyakannya; akan 'nampak' zuhud di dunia tapi kaya diakhirat.contoh ilmu, ilmu kematian...

    Pengetahuan pula ialah ilmu membangunkan dunia or keperluan dunia.contoh ilmu kedoktoran,keusahawanan.....jadi disini ada beza di antara orng yang "berilmu pengetahuan" dan orang yang "berpengetahuan ilmu"..ini sekadar pandangan saya bekas samseng taik kucing.

    BalasPadam
  14. Ini lah kebesaran Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu mengawal setiap apa berlaku,dari zaman Nabi Adam a.s sehingga hari kiamat.Berjuta manusia mempunyai berbagai pendangan ,pendirian ,pegangan semuanya dalam pengetahuan ALLAH.

    Saya terpegun bukan oleh pandangan-pandangan saudara saudari tetapi dengan idea-idea yang 'dipinjam' sementara oleh ALLAH kepada kalian semua.

    Gunakanlah supaya ianya menjadi ilmu yang memanafaat di dunia ini , and we'll claim di akhirat kelak..amin ya ALLAH

    Semoga ALLAH bagi taufik utk terutama penulis ini faham apa ditulisnya.

    Semoga kita semua dapat terus saling bertukar pandangan demi untuk mencari ilmu yang memanafaatkan di dunia dan akhirat.

    terima kasih atas tunjuk ajar semua.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...