Nuff Head

25 November 2010

PILIHANRAYA SARAWAK : Baru Bian cabar Taib Mahmud dan 'Bomoh'


“Baru Bian akan mengembalikan hutan belantara, tanah dan sungai kepada rakyat”, itulah slogan Baru Bian yang diharapkan oleh PKR untuk memancing undi dikalangan masyarakat peribumi di Sarawak.

“Bring it on!” kata Baru Bian dalam laman blog beliau mencabar ketua menteri agar membubarkan DUN Sarawak. Dengan penuh keyakinan bahawa Pakatan Rakyat siap sedia untuk pilihanraya pada bila-bila masa.

Kenyataan Baru Bian adalah respon kepada pengumuman ketua menteri kelmarin yang mengatakan beliau telah mendapat ‘inspirasi’ tentang tarikh pilihanraya. Ketua menteri memberitahu media sekembalinya dari menunaikan fardhu haji di Mekah.

Agak menjengkelkan, Apakah Baru Bian sudah hilang akal hingga menganggap Taib Mahmud ke Mekah bertemu bomoh? Sepatutnya Baru Bian mengunakan moral yang baik untuk menyentuh perihal ‘bomoh’ sewaktu ketua menteri kembali menunaikan rukun agama. Lebih-lebih lagi, Baru Bian adalah idola muda-mudi melayu dalam PKR Sarawak.

Baca kutipan ini, (barubian.net)
…it is sad indeed that the Chief Minister of the state of Sarawak has to depend upon ‘inspiration’. This is because it implies that he is dependent upon an outside force, presumably a ‘bomoh’, for guidance.
Mungkin Baru Bian sudah mencapai titik ghairah untuk jadi ketua menteri dengan sokongan kaum melayu dalam PKR Sarawak. Perlu diingat, masyarakat dayak mulai meragui perjuangan PKR dan Anwar Ibrahim.

Persepsi masyarakat umum terhadap PKR mulai berubah, lantaran penyelewengan dan 'kebusukan' dalam pemilihan parti tersebut. Meskipun bantahan terhadap BN bertambah rancak, tidak bermakna rakyat akan menyokong PKR. Kerana dalam Pakatan Rakyat masih ada DAP yang dilihat lebih konsisten tapi agresif.

Malah dijangka, dalam pilihanraya Sarawak kali ini akan muncul lebih ramai calon bebas dengan tujuan dan aspirasi yang berbeda. Sudah pasti, calon-calon bebas yang akan bertanding bukan berjuang untuk Anwar Ibrahim dan Keluarga.

Dengan janji Baru Bian akan mengembalikan tanah, pokok dan sungai-sungai kepada rakyat, Apakah itu ‘harga’ negeri Sarawak untuk diserah demi ‘ketuanan Anwar, isteri, anak serta kroninya di Putrajaya? 

Mungkinkah Baru Bian akan menentang Taib Mahmud di Balingian?
...mengapa tidak, Bring it on !!!

9 ulasan:

  1. “Baru Bian akan mengembalikan hutan belantara, tanah dan sungai kepada rakyat”, itulah slogan Baru Bian yang diharapkan oleh PKR untuk memancing undi dikalangan masyarakat peribumi di Sarawak.

    Mana LAMA BIAN..... Ini orang ULU, macam baru BIKIN sahaja bunyi, sebab itulah namanya di beri BARU BIAN! Nak jadi CM, semua orang boleh jadi, tapi nak kena tunjuk pada rakyat dulu orang ULU terima kita sebagai YB. Ini tidak, dah 3 kali cuba sudah, tak juga kena pilih orang ULU! Ingat orang MALAYA nak pilih Baru Bian? Dalam PKR pun kalah teruk, itu baru nak jadi KETUA PKR SARAWAK, belum lagi jadi KETUA MENTERI! Tapi Anwar suka ORANG macam ini.... JAMBU serupa AZMIN ali...BARU G I A N.......

    BalasPadam
  2. Orang ini mesti didedahkan.. Jangan biarkan Baru Bian terus berkuasa di Sarawak..

    Saya mohon izin rujuk artikel anda untuk penulisan mengenai insan bernama Baru Bian..

    Saya telahpun post artikel ini..

    Sila layari blog saya..

    BRAVO BUAT MELANAU BLOGGER..

    MEDIA ALTERNATIF BUMI KENYALANG..


    Melayu CinDia
    Blogger Gelombang Rakyat

    http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Anang mantah tingkah,,laban ya endang tebiang,Anang Muji sarang burung kanji,taja ya tuchi kapas magang,anang ketawa ke sarang burung puna,taja ya ensera semina rangkang...

    dikelala buah ari langgu,dikelala bansa ari jako,di kelala basa ari penyinyiru...

    Agi idup agi ngelaban,agi enchelak agi bebatak

    Idup Baru Bian!!!!

    BalasPadam
  4. BN di Sarawak 47 tahun 31 Mps dan 71ADUNs sampai Taib, Awang Tenagah dan cronies merompak Sarawak sehingga Sarawak dikenali sebagai GENset of Malaysia....!!!

    Baru Bian akan mamberi nafas baru untuk RAKYAT Sarawak....!!!

    Taib sudah beli semua wakil rakyat dan ADUN Sarawak mereka ini boneka sahaja....!!!

    Mereka akna membina HOtel untuk rakyat dan bukan Hospital.....!!!

    BalasPadam
  5. presumably a ‘bomoh’, for guidance. This is what Mr. Baru said. The word "presumably".. anyone who don't english? Its for this reason reason its strange when education policy wanted to teach english in bahasa melayu....LOL...

    BalasPadam
  6. i mean anyone who understand english as a language..

    BalasPadam
  7. wanredone.....go play toto or 4d with your pak nujumlah.ask taib to cuba nasib di kuchinglah kalau dia betul2 kebal.one day melanau like you will suffer the same fate as those whom your melanau taib abused.

    BalasPadam
  8. According to Mariam Mokhtar (a Muslim), Taib Mahmud consulted a bomoh in Mecca :)

    Sik caya? Baca sendiri.... http://www.malaysia-chronicle.com/2010/11/taib-on-sarawak-state-elections-who-is.html

    BalasPadam
  9. ada juga kroni taib mahmud yg masih hidup.. brapa taib mahmud bayar kamu org???

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...