Nuff Head

07 November 2010

PKR Itu Belakang Kira!!!

Barisan Nasional telah menang di Galas dan Batu Sapi, tanda rakyat masih mempercayai kepimpinan DS Najib Tun Razak.  Rata-ratanya BN telah menang 'tahap dewa' di Batu Sapi dan Galas.  Namun dalam kegembiraan itu di Sarawak, para pemimpin tidak lupa meluangkan masa untuk bersama rakyat.  Mereka sedar rakyatlah sebab utama mereka berjuang di peringkat Parlimen mahupun DUN.  

Rakyat juga hendaklah ingat jasa-jasa baik wakil rakyat yang sentiasa saling bekerjasama untuk memastikan pembangunan akan sentiasa didahulukan di tempat mereka.  Penduduk di luar bandar khususnya hendaklah jangan mudah percaya dengan tohmahan yang dihumbankan oleh parti-parti pembangkang.  

Kerjasama yang erat hendaklah sentiasa dijalinkan antara pemimpin dan rakyat.  Wakil rakyat berkerja untuk rakyat dan ini telah terjalin bagi memastikan rakyat dan pemimpin bergerak dalam satu nada dan satu irama.  Rakyat yang sentiasa rapat dengan pemimpin mereka akan menikmati tahap kemajuan dengan lebih pesat.  Segala masalah dan kemusykilan yang dihadapi akan dapat di selesaikan dengan bersemuka dengan pemimpin mereka.  Baik dari kepimpinan di peringkat kampung hinggalah ke peringkat daerah dan ke peringkat Dewan Undangan Negeri.  Sekiranya hubungan ini mantap maka sukarlah bagi pihak pembangkang untuk mengadu domba di kawasan itu.

Parti Bulan sentiasa menunding ke arah bulan tapi hasrat rakyat tidak pernah dipanjangkan ke bulan.  Mereka hanya pandai memperjuangkan Isele mereka dan bukan Islam yang sebenarnya.  Hukum-hukum yang hendak dibawa jaug menyimpang daripada Piagam Madinah yang termeterai di Madinah lebih daripada seribu empat ratus tahun dahulu antara Rasulullah dan penduduk Kota Yathrib yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam dan kini dikenali sebagai Madinah.  

Parti sebelah mata asyik pandang kelemahan orang lain tapi sentiasa lihat dengan sebelah mata dalam pemilihan pimpinan parti mereka sendiri yang sentiasa mengamalkan berat sebelah.  Mereka cuma nak guna tiket Sarawak untuk sampai ke Putrajaya.  Apa yang terjadi di Sarawak mereka tidak pernah peduli?  Mereka hanya mahu satu wawasan iaitu Wawasan Anwar AlJuburi Ibrahim jadi Perdana Menteri atau Presiden?  Itu sahaja kemudian apa nak jadi dengan Malaysia? Itu BELAKANG kira!!!

Sedarlah bahawa pembangkang memperjuangkan untuk membentuk sebuah lagi Singapura?  Bumiputera, Melayu dan Islam tidak ada di dalam senarai mereka sebab itu BELAKANG kira!!!??

Marilah kita renungi amanat yang disemat di dalam akhbar Utusan Borneo di bawah.  Wakil rakyat yang ditampilkan bukan calang-calang orang tetapi Datuk Seri Ali Mahmud yang juga merupakan wakil rakyat Muara Tuang. 


Awasi kehadiran ‘orang luar’ menjelang pilihan raya negeri


Posted on November 7, 2010, Sunday


KOTA SAMARAHAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud mengingatkan penduduk luar bandar agar sentiasa mengawasi kehadiran ‘orang luar’ (pembangkang) menjelang pilihan raya negeri yang diadakan bila-bila masa sekarang.


Mohammad Ali berkata sememangnya pada masa ini sudah ramai ‘orang luar’ kalangan ahli-ahli parti pembangkang ‘berkeliaran’ di pelbagai kawasan terutama di luar bandar untuk memporak-perandakan masyarakat.


“Kita tahu pilihan raya negeri bakal diadakan tidak lama lagi dan sekarang kita sudah mula nampak ‘orang luar’ cuba memasuki kampung-kampung untuk melakukan tindak-tanduk memperdayakan rakyat.


“Oleh itu, rakyat harus faham dan tidak mudah terperdaya de-ngan fitnah dan tohmahan pihak pembangkang yang cuma muncul semasa musim pilihan raya,” katanya berucap pada penyerahan Program Bantuan Rumah (PBR) Kampung Merdang Lumut, di sini semalam.


Menurut Mohammad Ali, kehadiran ‘orang luar’ dari kalangan pelbagai pihak pembangkang itu bukan datang untuk membantu rakyat tetapi memusnahkan perpaduan dan kehidupan rakyat di kawasan terbabit.


“Saya tahu parti-parti pembangkang (Pakatan Rakyat) dari Semenanjung Malaysia yang datang ke sini mempunyai agenda mereka tersendiri.


“Mereka (pembangkang) cuba merampas kuasa dan membela nasib rakyat negeri ini, tetapi realitinya mereka hanya berjuang untuk kepentingan politik para pemimpin mereka sahaja,” kata-nya.


Mohammad Ali menarik perhatian perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya semata-mata mahu pemimpinnya menjadi Perdana Menteri dan PAS pula mengamal hukum hudud yang bertentangan dengan perpaduan masyarakat.


Justeru, katanya kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam dua pilihan raya kecil lalu iaitu Parlimen Batu Sapi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas membuktikan bahawa rakyat sudah memahami sandiwara pembangkang.


“Saya percaya rakyat negeri ini terutama penduduk luar bandar akan sentiasa bersatu padu untuk meneruskan kesinambungan politik pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN,” katanya.


Mengenai bantuan PBR itu, Mohammad Ali berkata kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah menyalurkan sejumlah RM1.7 juta untuk pelaksanaan program itu di daerah Samarahan tahun ini.


Daripada jumlah itu, sejumlah RM1.2 juta diperuntukkan untuk pembinaan rumah baru dan RM528,000 untuk baik pulih rumah serta kos pembinaan untuk sebuah rumah baru bagi mangsa kebakaran terbabit ialah RM40,000.


“Saya amat berharap dengan bantuan rumah baru itu maka penduduk terbabit dapat meneruskan kehidupan mereka de-ngan lebih selesa,” katanya.


Hadir sama Residen Bahagian Samarahan Rodziah Morshidi, Pegawai Daerah Samarahan Mohd Aini Wahab dan Penghulu Kampung Merdang Lumut Belland Kantoi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...