Nuff Head

19 November 2010

Bakal Ketua Menteri Sarawak: Chong anggap Bakun projek Strategik


Chong Chieng Jen, yang didengung-dengungkan sebagai bakal ketua menteri Sarawak (versi DAP). bukan sahaja menyokong Empangan Hidro Bakun. Malah berharap agar Bakun tidak terlepas ke tangan pihak asing.

Chong dalam satu kenyataan berkata, “Empangan Bakun adalah projek strategik kerajaan negeri, adalah tidak wajar jika jatuh ke tangan pihak swasta atau lebih buruk lagi jika jatuh ke tangan pihak asing”.

Dilaporkan kerajaan persekutuan menawarkan harga RM8 billion, manakala Sarawak mahu harga yang lebih rendah. Namun terdapat tiga pihak sedang membida projek tersebut, dua daripadanya adalah syarikat asing selain kerajaan negeri Sarawak.
Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching berharap kerajaan persekutuan menyerahkan empangan tersebut kepada kerajaan negeri, jika kerajaan persekutuan benar-benar komited untuk memajukan Sarawak.


Kenyataan ini membuktikan empangan Bakun bukanlah sekadar projek gajah putih seperti yang didakwa oleh PAS dan PKR. Sebagai anak Sarawak, Chong dilihat lebih memahami keperluan ekonomi negeri.

Menurut Chong, oleh kerana projek Bakun adalah strategik dan penting untuk ekonomi Sarawak, adalah lebih baik Bakun dikendalikan oleh satu Jawatankuasa Khas yang diwakili pihak pembangkang, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Apakah ini menyebabkan Chong dianggap calon paling layak sebagai ketua menteri yang baru? Berbanding Baru Bian (versi PKR) yang 'masih baru', atau Dominic Ng yang sedang tersisih.

Jauh sekali pemimpin PAS, yang sedang bermain cinta dengan seorang nenek di Pekan Sebuyau (Sarawak). Tapi cuma berjanji air bersih, perubatan percuma dan ceramah tiap malam. Itu pun, cuma untuk nenek itu saja. Alamak..!




0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...