Nuff Head

24 November 2010

TERKINI : Taib Sudah Ada 'Inspirasi' Tarikh Pilihan Raya Sarawak

KUCHING, 24 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud pulang dari Mekah pada Rabu dengan mendapat "inspirasi" mengenai tarikh pilihan raya negeri Sarawak.

"Saya sudah ada inspirasi tetapi saya tidak akan memberitahu anda," katanya kepada pemberita di hangar Hornbill Skyways di sini.


Pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan sebelum Julai tahun depan dan ramai pemerhati politik meramalkan ia akan diadakan sama ada pada Mac atau April.

Taib berkata bahawa apa yang perlu dilakukan sekarang ialah bagi jentera pilihan raya membuat persiapan.

Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri, 62 daripadanya dikuasai oleh Barisan Nasional.

Mengenai kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pelagus, Larry Sng yang kini tidak mewakili mana-mana parti setelah dipecat daripada Parti Rakyat Sarawak, satu daripada komponen Barisan Nasional, Taib berkata BN Sarawak menyerahkan kepada wakil rakyat itu untuk menentukan kedudukannya.


Taib, yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata, jika Sng ingin terus bersama BN beliau harus memohon menjadi ahli terus BN.

"BN Sarawak tidak akan menghalang sesiapa saja yang mahu menyokong BN," katanya.

1 ulasan:

  1. State Election ... Penghujung Disember 2010...... Penghujung Disember 2010, ITU TARIKHNYA! Cari mana-mana SATURDAY, selepas exam SPM & STPM. Persoalan: Mana ada masa untuk membuat persiapan? Persiapan NO PROBLEM, coz semua dah siap sedia dah! So, watch-out for this date!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...