Nuff Head

25 November 2010

Adenan : Amalkan Budaya Hormat Menghormati

MP ingin memperkenalkan Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu iaitu Yang Berhormat Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem.  Dinobatkan sebagai juara dalam perdebatan mengenai Tanah Adat di Sarawak pada akhir 1980-an dan 1990-an.

Seorang yang cukup arif dengan politik dan juga Penasihat Khas di Jabatan Ketua Menteri. Beliau juga seorang wakil rakyat di kawasan DUN Tanjung Datu.  Berikut adalah keputusan Pilihanraya 2006.

Keputusan Pilihanraya 2006 Tanjung Datu

1. ADENAN BIN SATEM BN 4,545 MNG
2. SOBEY BIN DAUD KEADILAN 409 HD
3. LARRY DOMINIC LINANG BEBAS 357 HD

JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR : 7,973
JUMLAH KERTAS UNDI DITOLAK : 66
JUMLAH KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI : 5,377
JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 5,381
JUMLAH KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 4 PERATUS
PENGUNDIAN : 67.49% MAJORITI : 4,136


Semoga Tan Sri meneruskan lagi perjuangan untuk negeri yang tercinta.

Saya lebih suka ahli akademik daripada ahli politik: Adenan

Posted on November 25, 2010, Thursday
Beliau akui ada kala politik boleh membuat seseorang cukup tertekan.
KUCHING: Penasihat Khas di Jabatan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata beliau lebih suka untuk mendekati dan berbicara dengan pelajar dan ahli akademik daripada ahli politik.

Adenan yang juga pengerusi Yayasan Sarawak berkata dengan nada berseloroh, selepas bertahun-tahun lamanya berkecimpung dalam dunia politik semenjak berusia 32 tahun, banyak pengalaman pahit manis dilaluinya.

Beliau menjelaskan ada kalanya politik boleh membuat seseorang cukup tertekan.

“Mendengar dan berbual dengan pelajar dan ahli akademik adalah suatu yang sentiasa menyegarkan berbanding mendengar kata-kata ahli politik setiap masa. Saya mempunyai banyak pengalaman dalam dunia ini (politik).

“Ada kalanya ia boleh menyebabkan anda tertekan,” katanya ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Minoriti dan Majoriti Bahasa, Budaya dan Identiti di Hotel Hilton, semalam.

Majlis itu dianjurkan Persatuan Bahasa Moden Malaysia (MAML) dan Pusat Pengajian Bahasa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bermula sejak Selasa lalu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu berkata walaupun terlibat dalam dunia politik semenjak berusia 32 tahun, beliau mendapati ada sesuatu yang tersirat di sebalik kehidupan politik dan retoriknya.

Adenan bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai kerjaya politiknya.

Menyentuh mengenai persidangan itu Adenan yang juga Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata Sarawak berjaya menyatupadukan kira-kira 40 etnik kerana amalan saling hormat-menghormati budaya, dialek dan bahasa antara satu sama lain cukup menebal di kalangan rakyat negeri ini.

2 ulasan:

  1. http://helangbuana.blogspot.com/
    MOHON DI LINK KAN KE BLOG TUAN

    BalasPadam
  2. salam 1 malaysia...sy telah paut kan blog anda utk blog sy..kalau boleh paut kan blog saya yek utk blog anda..terima kasih dan salam perjuangan dari saya,penulis badut rakyat..

    http://badutrakyat.blogspot.com/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...