Nuff Head

27 November 2010

Kerajaan Halal BN Mendapat Pengiktirafan Antarabangsa

Semua orang tahu apa itu 'HALAL', tetapi adakah semua orang sedar mengenai makanan Halal?  Kalau difikirkan secara ringkas, makanan halal bererti makanan yang tidak mempunyai babi tetapi adakah itu sebenarnya pengertian makanan halal? 

Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah berfirman: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala.” (Tafsir al-Rahman, Jakim)
Babi satu-satunya binatang yang tidak mempunyai leher.  Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan. Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. 
 
Kaedah ini dikaji pakar Jerman. Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik dalam proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.
 
Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing’, menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan. Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.
 
Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam.


Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).  Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP. 
 
Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan.  Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.  Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan
 
Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.  Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.  Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.
 
Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia.  Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada.

Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu
 
Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.  Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat.  
 
Kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih.  Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia. 
 
Mari kita ikuti amanat Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri YB Naroden Matjais yang juga wakil rakyat di Simunjan.
 
Tahap kesedaran dalam produk halal harus dititikberatkan semua pihak

Posted on November 26, 2010, Friday

KUCHING: Tahap kesedaran dalam produk halal harus dititikberatkan oleh semua pihak kata Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Mohd Naroden Majais.
Beliau berkata demikian kerana pada masa kini pelbagai isu timbul membabitkan penyalahgunaan sijil halal, logo palsu halal dan pelbagai lagi di negara ini.

“Perkara ini amat serius, maka kesedaran mengenai halal perlu diberi tumpuan kepada semua pihak baiknya pengusaha, pengeluar, pihak berkuasa pemantau, pengedar bahan mentah dan paling penting pengguna khususnya umat Islam,” katanya ketika merasmikan Seminar Sijil Halal Malaysia Negeri Sarawak di Riverside Majestic semalam.

Katanya, pengeluar produk halal juga perlu teliti daripada pelbagai sudut iaitu aspek komersial, teknikal dan saintifik.

“Negara-negara pengimport terutamanya Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat dan negara Timur Tengah mengenakan syarat yang ketat terhadap produk-produk terutamanya produk makanan yang diimport.

“Beberapa sistem peng-urusan kualiti, peraturan dan garis panduan digunakan bagi memberi jaminan kepada pengguna mengenai kebersihan dan keselamatan produk terbabit,” tambahnya.

Selain itu, beliau memberitahu bahawa pasaran halal dunia mempunyai potensi yang besar namun penge-luaran produk makanan halal di Malaysia masih rendah disebabkan keupayaan syarikat-syarikat yang kurang berdaya saing untuk memenuhi pasaran antarabangsa.

Jelasnya, kerajaan Malaysia telah membangunkan sistem halal yang dapat pengiktirafan antarabangsa.

“Infrastruktur sepeti Zon Industri Halal, kemudahan logistik dan sistem pengangkutan yang efisien telah dibangunkan bagi menarik lebih banyak pelabur asing dan tempatan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran produk halal seperti di Tanjung Manis,” ujarnya.

Justeru, beliau menyeru kepada semua pengusaha khasnya di Sarawak agar dapat meningkatkan usaha untuk menimba ilmu pengetahuan tentang perusahaan ini bagi memenuhi pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

Hadir sama Pengarah MITI Sabariah Mohd Sofian, Ketua Pusat Sokongan Halal Global HDC Rohaizad Hassan, Pengarah Unit Pembangunan Usahawan Jabatan Ketua Menteri Sutin Sahmat, Ketua Hakim Syarie Muhammad Ali Sheriff dan Ketua Pegawai Esekutif Datuk Seri Jamil Bidin.

2 ulasan:

  1. entry yang menarik. terima kasih kerana sedia berkongsi pengetahuan.

    BalasPadam
  2. 1. Salam perjuangan dari pengendali blog "mulutmelayu-REALITI" (PULAU PINANG) dalam menyampaikan maklumat-maklumat yang benar dan tepat kepada pembaca-pembaca blog.

    2. Blog tuan telahpun di'link'kan di ruangan RAKAN MM-R : SABAH & SARAWAK blog mulutmelayu-realiti.blogspot.com untuk sebaran dan bacaan kepada pelawat-pelawat blog.

    3. Diharap tuan sudi bertukar 'link' dengan blog mulutmelayu-realiti dengan menyenaraikannya di blog tuan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...