Nuff Head

24 November 2010

TAIB BAGI AMARAN KEPADA PEMBANGKANG

Selamat kembali ke tanahair kepada Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.  Beliau telah selamat kembali pada hari ini tadi.  Beliau juga sudah mendapat ilham mengenai tarikh pilihanraya yang akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja.  

Sudahkah pihak pembangkang bersedia menerima perubahan? Sedarkah pihak pembangkang bahawa Sarawak akan menjadi kubu kuat Barisan Nasional?  Rakyat yang bijak semestinya mahukan pembangunan yang hanya dapat dikecapi bersama kerajaan Barisan Nasional!!!

Melalui kerajaan pembangkang, mereka akan kehilangan sumber kekayaan bumi dan juga harta benda!!!?  Semua ini sudah jelas terpampang di mana sahaja kerajaan pembangkang memerintah!!!?  Kembalilah ke pangkal jalan dan jauhi daripada menjadi alat kepada parti pembangkang yang cuma pandai merungut dan menidakkan kebenaran!!?

Ketahuilah pejuangan sebenarnya adalah hanya melalui kerajaan Barisan Nasional!  Marilah kita kembali ke arah pejuangan asal iaitu untuk memerdekakan minda daripada penjajah seperti bulan, roket dan lubang dubur!!!

TAIB SUDAH ADA 'INSPIRASI' TARIKH PILIHANRAYA SARAWAK

KUCHING, 24 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud pulang dari Mekah pada Rabu dengan mendapat "inspirasi" mengenai tarikh pilihan raya negeri Sarawak.


"Saya sudah ada inspirasi tetapi saya tidak akan memberitahu anda," katanya kepada pemberita di hangar Hornbill Skyways di sini.

Pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan sebelum Julai tahun depan dan ramai pemerhati politik meramalkan ia akan diadakan sama ada pada Mac atau April.

Taib berkata bahawa apa yang perlu dilakukan sekarang ialah bagi jentera pilihan raya membuat persiapan.

Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri, 62 daripadanya dikuasai oleh Barisan Nasional.

Mengenai kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pelagus, Larry Sng yang kini tidak mewakili mana-mana parti setelah dipecat daripada Parti Rakyat Sarawak, satu daripada komponen Barisan Nasional, Taib berkata BN Sarawak menyerahkan kepada wakil rakyat itu untuk menentukan kedudukannya.

Taib, yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata, jika Sng ingin terus bersama BN beliau harus memohon menjadi ahli terus BN.

"BN Sarawak tidak akan menghalang sesiapa saja yang mahu menyokong BN," katanya.

-- BERNAMA


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...