Nuff Head

22 November 2010

Baru bian telah mengembalikan hak tanah adat penduduk sarawak.

Tahniah di ucapkan kepada Baru Bian and the Gang kerana memenangi kes menyaman jabatan tanah dan survey.Sememangnya kita tahu yang tugas jabatan land and survey hanyalah mengukur tanah .Bukan nak menidakkan hak tanah adat pribumi Sarawak.

Sebelum ini terdapat kes yang hampir sama iaitu kes Nor anak Nyawai yang turut menyaman 'Superintendent' Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak dan Kerajaan Negeri Sarawak.  Nor juga telah memenangi kes tersebut dengan berasaskan konsep 'Pemakai Menua'.  

Konsep ini bermaksud tanah sebelum tahun 1958 yang disekitarnya digunakan sebagai kawasan untuk memberi sumber makanan kepada kawasan yang didiami berhak dijaga dan dimiliki oleh empunya tanah.  Berdasarkan konsep ini maka kawasan tanah disekitar NCR ini berhak dimiliki oleh empunya tanah.  Sekiranya kawasan ini dipantau oleh kerajaan untuk tujuan prasarana dan pembangunan, maka empunya tanah berhak untuk menuntut kawasan tanah tersebut.  
 
"Satu makmal program transfomasi kerajaan (GTP) Bumiputera Sabah-Sarawak telah diadakan di Kuching dan Kota Kinabalu pada Mac tahun ini dalam memastikan kerajaan sentiasa membantu Bumiputera di kedua-dua negeri tersebut serta menangani masalah pemilikan hartanah.

Katanya, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak akan menghantar juruukurnya untuk menjalankan pengukuran perimeter untuk mengasingkan tanah NCR yang sahih daripada tanah kerajaan sebelum tanah yang telah dikenalpasti tersebut diwartakan sebagai Rizab Gunasama Bumiputera di bawah Seksyen 6, Kanun Tanah Negeri."
 
berita harian 22/07/2010

Bagi pandangan KI kemenangan Baru bian hanya lah sebagai satu kaedah penyelesaian yang jelas.Pemilik tanah akan tahu setakat mana luas tanah yang di milikinya.

nak mengetahui lebih lanjut  klik sini.

 juga boleh di dapati di sini



0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...